13 September 2008

BN-BBC 'ubah haluan' ke Hong Kong

ROMBONGAN BNBBC LARI WAKTU TIDUR ?

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Bung Moktar Radin menafikan rombongan mereka akan menuju Hong Kong esok.

Namun Mengikut sumber wakil dari Pakatan Rakyat di sana Kesemua Ahli Parlimen BN telah tergesa-gesa di bawa meninggalkan Sheraton Hotel pada jam 3.30am tadi dengan menaiki 20 buah kereta.

Difahamkan mereka akan berlepas ke Hong Kong dengan misi mengelakkan diri dengan cubaan mengelakkan diri dari bertemu dengan kesemua wakil kepimpinan PKR.

Walaubagaimanapun tindakan mereka yang kurang bijak ini mencerminkan negara ini, sedang seluruh dunia memerhati tindak tanduk kita tindakan kurang bijak ini hanya mencerminkan betapa mundurnya pemikiran dan mereka kini seolah sedang mentertawakan kita.

Dengan cara apa sekalipun mereka mengelakkan diri, wartawan di Hong Kong semestinya sudah pasti menunggu ketibaan mereka. Bukan sukar ntuk menjejaki mereka keranan pertemuan ini adalah dengan persetujuan kesemua mereka yang mahu berbincang mengenai agenda 16 September ini.

Misi buru 5 pemimpin PKR di Taiwan bermula, BN-BBC 'ubah haluan'


MISI BERMULA... Lima wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di Taiwan bagi mengadakan rundingan peringkat akhir dengan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa menyatakan persetujuan untuk menyertai Pakatan Rakyat petang tadi.

PETALING JAYA: Ketika lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di Taiwan dengan mendakwa sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah pun bersetuju mengadakan perbincangan melompat parti, anggota BN-BBC terbabit dipercayai akan meninggalkan negara itu awal pagi esok.

mStar Online difahamkan sebahagian anggota BN-BBC akan berlepas ke Hong Kong manakala beberapa Ahli Parlimen akan kembali ke tanah air.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh ketika dihubungi sebentar tadi berkata, misi mengadakan perbincangan dengan beberapa Ahli Parlimen BN bermula malam ini.

Kata Fuziah, beliau akan menggunakan masa dengan sebaik mungkin bagi memastikan matlamat mereka 'menjejaki' Ahli Parlimen BN di sana mencapai sasarannya.

"Kami dimaklumkan mereka (Ahli Parlimen BN) telah tukar rancangan asal dan akan 'melarikan diri' ke Hong Kong esok pagi," kata beliau ketika dihubungi di Taipei malam ini.

Ditanya sama ada beliau dan empat lagi wakil PKR punyai masa yang cukup untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen BN, beliau berkata perkara itu bukan satu masalah.

"Walaupun mereka nak 'lari' esok, tapi kita ada banyak masa untuk bincang. Tengah malam ini dan awal pagi esok selepas sahur pun boleh bincang lagi," katanya dengan yakin.

Malam ini wakil PKR akan menghadiri majlis makan malam bersama pejuang reformis Taiwan, Simyntec.

Fuziah berkata, tindakan Ahli Parlimen BN yang akan ke Hong Kong itu menunjukkan seolah-olah mereka mengiakan bahawa penubuhan kerajaan pada 16 September akan benar-benar berlaku.

"Kalau mereka kata lawatan mereka itu sebagai lawatan yang normal, mengapa perlu tukar rancangan di saat-saat akhir?," katanya.

Ditanya sama ada wakil PKR akan turut mengekori Ahli Parlimen BN ke Hong Kong beliau berkata: "Tidak perlu rasanya, kita mampu laksanakan tugas kita di sini." - LAGI, - mStar Online

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese