Melihat situasi yang berligar kebelakangan ini saya telah menjangkakan yang tindakan drastik akan diambil oleh pihak kerajaan untuk menunjukkan yang mereka sebenarnya berkuasa. Bibit-bibit ketegangan hasil dari keghairahan beberapa individu termasuk dari pihak kerajaan dan pembangkang dilihat oleh sesetengah pihak telah mencucuh api permusuhan dan syak wasangka. Bermula dari isu perkauman - ketuanan Melayu, isu kaum pendatang, tulisan jawi, ditambah dengan isu keagamaan yang serba sensitif, sedar tak sedar kita sebenarnya menegjutkan seeokor gergasi yang sedang tidur (awaken a sleeping giant).
.
Saya tidak pernah bersetuju dengan penggunaan ISA kerana ia memberi lesen penahanan tanpa bicara, suatu kaedah yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Seseorang disabitkan kesalahan tanpa diberikan hak membela diri. Segala-galanya atas alasan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
.
Walaubagaimanpun saya juga tidak gemar untuk melihat isu perkauman dan agama diapi-apikan diantara kita kerana pengalaman 50 tahun Merdeka telah mengajar kita sebenarnya ia tidak akan membawa kita kemana-mana, akhirnya yang akan terbantutu adalah keharmonian rakyat dan pembangunan negara.
.
Yang penting kita perlu faham-memahami dan hormat-menghormati berdasarkan status quo yang telah ada disepakati dan dibina oleh semua kita rakyat Malaysia sejak Merdeka lagi.
Apa pun simpati saya terus kepada mereka yang ditahan secara zalim itu. Mudah-mudahan kaum keluarga mereka diberikan kesabaran dan ketenangan menghadapi saat sulit ini. Saya merayu kepada pihak berkuasa agar segera mendakwa mereka yang ditahan di mahkamah yang terbuka demi memberikan hak dan keadilan kepada semua.
.
Salam simpati kepada Raja Petra, Tan Hoon Cheng (Sin Chew) dan YB Teresa.
.
Say No to ISA!
.
- Setiausaha Akhbar Presiden PAS
.
ISA meludah-ludah Islam

Dah tiga orang dibaham ISA, Raja Petra Kamaruddin, Tan Hoon Cheng (pemberita Sin Chew) dan paling akhir, Teresa Kok (Lihat laporan Malaysiakini, "Raja Petra arrested under ISA," "ISA arrest No 2: Sin Chew journalist held" dan "Dragnet widens: MP Teresa Kok too".
.
Khabar angin mendakwa 15 orang akan ditangkap di bawah undang-undang yang meludah-ludah Islam itu - yang dilaksanakan oleh orang-orang Islam.
.
Sambil itu, saya termenung mengapa Naib Presiden PAS menulis begini? - Penarik beca
No comments:
Post a Comment