14 September 2008

Akhirnya aku jadi mangsa, kena tarik balik artikel isu 'Tok Guru vs Mustafa Ali'

Assalamualaikum kepada pembaca semua, maaf inilah kali pertama saya memohon maaf kepada pembaca kerana saya terpaksa menarik kembali artikel berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bertajuk "Rakyat Terengganu salah Piliha Pesuruhjaya' dan 'Mursyidul Am Tegur Mustafa Ali' yang menyaksikan saya dengan berat hati terpaksa juga berbuat demikian.

Jam 3 petang tadi, saya dihubungi oleh Ahmad Lutfi Othman yang meminta saya menarik kembali artikel tersebut selepas semalam saya memasukkannya.

Beberap alasan telah diberi, namun saya pasti sebenarnya beliau tersepit.Kemudian Dato' Kamarudin Jaffar pula menghubungi saya meminta saya mempertahankan artikel tersebut, malangnya oleh kerana kebimbangan saya di atas beberap sebab, saya dengan itu menarik kembali artikel tersebut denmgan rasa berat hati dan merasai kebebasan bersuara telah disekat.

Merasai hakikat itu juga, rakan setugas saya Intan Abdullah turut menerima tamparan apabila seorang pemimpin menghubunginya dan meminta isu itu jangan dihebahkan, malah kenyataan Tok Guru itu katanya melampau.

Seperti kata Dato' Kamarudin Jaffar kepada saya, seseorang itu perlu bersedia dikritik apabila mengeluarkan kenyataan yang pedas, justeri dalam hal ini saya lihat ada pihak yang tidak berani menerima hakikat apabila dihentam balas oleh Tok Guru.

Saya hanya penulis picisan yang terhimpit dengan idealogi politik suku-sakat, dan inilah yang dikatakan 'politiksukusakat', akhirnya saya juga yang terkena penahan mereka.

Namun, secara peribadi saya masih mempercayai dan menyokong penuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang pemimpin ulung yang sangat sederhana..

Takbirrrrrrrr...Salam manis buat Tok Guru dan pembaca-pembaca sekalian...


- Wan Nordin Wan Yaacob

2 comments:

Anonymous said...

salam Lailatul Qadar.

Kuasa melantik Pesuruhjaya PAS Negeri bukan terletak pada kuasa rakyat. Tak Kan Tok Guru Nik Aziz tak faham. Yang melantik PJ negeri ialah Presiden. Tok Guru Nik Aziz juga dilantik oleh Presiden sebagai PJ Kelantan.

Sebenarnya Tok Guru Nik Aziz pun banyak silap. Tetapi kesilapan dia sesaolah tertutup disebalik keikhlasan dirinya. Kes menantu pun banyak cerita yang tak sedap didengar.

Al-maklumlah usia semakin maghrib. kalau ikutkan sunnah hanya 62 tahun sudah cukup untuk memimpin sesesuah kerajaan.

Wibawa Tok Guru Nik Aziz sejak akhir ini sudah banyak merosot. Adalah wajar Dato' Husam mengambil tempatnya. Usah hiraukan jawatan Timbalan Perdana menteri kerajaan anuar Ibrahim.

Ambo ore kelate
Rakyat Tok Guru.

Anonymous said...

kamu ni orang umno, kawe telah mengenali tok guru masa kawe umur 14 tahun lagi dan sekarang ni dah umur 40 tahun. Kamu ni tulis mengikut perasaan.......... hidup dan mati tu di tangan Allah. Walaupun sunnah 62 tahun tetapi kamu tak tahu bila kamu akan mati.... mungkin esok kamu pergi dulu. Tok Guru ni kalau cakap merapu macam kamu tu orang tak panggil tok guru. Tok guru sanggup berkorban tidak mengambil elaun berjuta2 sejak jadi menteri besar. Dia bukannya gila kuasa macam kamu tulis tu. Pepatah melayu ada menyebut makin tua makin berisi. Berisi ni maksudnya banyak pengalaman dan pengetahuan dunia dan akhirat. Tak semesti Dota'Husam tu boleh memberi pandangan yang bernas macam Tok Guru ni. Kawe rasa Husam dan ramai lagi orang PAS hormat Tok Guru tetapi demo ni kawe rasa orang UMNO nak memecah belahkan perpaduan umat. Bukan harta dan wang ringgit yang Tok Guru cari......tetapi Dollah sebaliknya.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese