Saya respon kepada Mustafa Ali kerana pandangan peribadi beliau tak sepatutnya masuk di ms1 Harakah. Itu patut masuk blog dia! Yang masuk Harakah sepatutnya pandangan rasmi atau yang tidak bercanggah dengan pandangan rasmi parti. Pandangan Cikgu Pa bercanggah dengan keputusan muktamar dan menempelak apa yang sama-sama kita (bukan Anwar sahaja) usahakan - iaitu menjatuhkan BN. Tak baik sebagai kawan kita tuduh Anwar berjanji kosong. Ini memberikan gambaran kita tidak bersama dia dan menjejas usaha kita untuk menarik MP BN untuk bersama kita kerana mereka lihat kita tak padu.
Sekarang jelas TGNA pun dah marah dengan kenyataan Cikgu Pa. Harap yang marah saya tegur juga TGNA. Perlu ingat, yang menimbulkan kontroversi secara terbuka bukan saya tetapi dia. Saya cuma respon. Berita Penuh
No comments:
Post a Comment