Kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Hari Malaysia lebih signifikan disambut di seluruh negara berbanding sebelum ini sambutan hanya dibuat di Sabah dan Sarawak.
‘‘Hari Malaysia akan dijadikan satu sambutan untuk seluruh negara memandangkan tarikh ini merupakan sejarah penggabungan negeri Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu,’’ katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di Muzium Negara di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 30 orang anak yatim dari beberapa rumah kebajikan sekitar ibu kota menerima sumbangan hari raya.
Menurut Mohd. Shafie, perayaan Hari Malaysia tahun ini akan diadakan pada 18 Oktober ini di Sabah ekoran 16 September jatuh pada bulan Ramadan.
Jelasnya, tahun hadapan ia akan disambut di Sarawak sebelum sambutan pada tahun-tahun berikutnya diadakan di Semenanjung.
No comments:
Post a Comment