Keberanian Dr Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan 31 Julai lalu sebagai wakil rakyat Permatang Pauh demi perjuangan parti membuktikan beliau bukan calang-calang orangnya. Di sebalik sikap peramah dan lemah lembutnya, terselindung jati diri yang lebih jitu, utuh dan padu iaitu ketabahan dan kecekalan beliau.
Kekuatan dalaman inilah yang membolehkan belian mengharungi sepak terajang dunia politik, suatu dunia yang tidak pernah beliau impikan malah apa lagi diceburinya.
Tetapi itulah yang dikatakan takdir. Takdir juga meletakan beliau di persada politik tanahair sebagai Presiden KeADILan sejak parti itu ditubuhkan sedekat lalu.
Beliau memberi laluan kepada suami tercinta, Anwar Ibrahim agar obor perjuangan yang dibawanya selama 3 penggal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh terus dijulang Anwar ke tahap perjuangan yg lebih mencabar dan getir
Kesanggupan ini menjadikan beliau seorang yg unik dan disanjung rakyat di atas pengorbanan beliau itu.
Dalam temuramah di Pejabat KeADILan, beliau menyingkap pengalaman pahit 1998 dimana Anwar ditangkap dipukul polis semasa dalam tahanan ISA.
Doktor kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga mengimbas kembali saat-saat manis Anwar dibebaskan daripada Penjara Sg Buloh pada 2004. - adiltv
No comments:
Post a Comment