Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.
.
.
Beliau berkata, Ariffahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah COO sebelum ini meletak jawatan.
.
.
“Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia (Ariffahmi),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa Ketiga di sini, semalam.
.
.
Nik Aziz berkata, beliau telah menjelaskan kepada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang lepas sebab-sebab pelantikan menantunya itu.
.
Semalam media melaporkan mengenai beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah(BPR) memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu yang berbangkit termasuk salah guna kuasa.
.
.
Nik Aziz sebelum ini berkata beliau sedia disiasat oleh BPR sekiranya wujud unsur-unsur salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya itu.
.
Tuan Guru Nik Aziz sifatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim anak jantan yang sukar dikalahkan. Yakin Anwar akan menang di Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar.
No comments:
Post a Comment