02 April 2009

Rekod cemerlang PR Perak hasil politik baru Nizar




Ust. Nasharuddin didamping oleh Hj. Asmuni dan Dr. Hatta menunjukkan gambar FRU sedang mengawal petugas BN memasang bendera di Kg. Changkat Ibul.

Kesal dengan salah guna kuasa yang dilakukan oleh BN

Dalam sidang media pagi tadi YB Ustaz Nasaruddin berkata dengan kepimpinan kerajaan yang baru akan menyebabkan ruang demokrasi akan semakin sempit di Malaysia. Ini berhubung dengan arahan yang dikeluarkan supaya ceramah dari pukul 12 tengah malam di singkatkan kepada pukul 11 malam. Selain itu arahan supaya ada isu-isu yang tidak boleh disebutkan di dalam ceramah.

Pakatan Rakyat kesal dengan salah guna kuasa oleh pihak-pihak yang berkuasa sejak akhir-akhir ini. Antara perkara yang terbabit adalah pihak polis turut membantu jentera Barisan Nasional untuk memasang peralatan bahan kempen mereka. Didapati pihak FRU digunakan untuk mengawal petugas-petugas BN semasa memasang bendera BN. Ini berlaku di Changkat Iboi yang terletak di dalam Dun Changkat Jering.

Ustaz Nasaruddin mempersoalkan perkara ini dan sekiranya dibolehkan menggunakan khidmat tenaga polis atau tentera demi menjaga keselamatan petugas semasa memasang bendara dan sebagainya, berapakah bayaran dikenakan kepada mereka kerana pihak Pakatan Rakyat juga ingin menggunakan khidmat mereka demi menjaga keselamatan petugas-petugas PAS di Bukit Gantang ini.Ia merupakan situasi yang baru dan agak keterlaluan kerana meyalahgunakan khidmat polis.

Selain itu, Ust Nasaruddin juga mempersoalkan semasa Nizar memberi tanah kepada rakyat cina yang miskin, pemuda UMNO bangkit mencela bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati bangsa Melayu. Tetapi menurut laporan yang dikeluarkan oleh suratkhabar Star dimana Zambry akan memberi tanah kepada orang cina, apakah pemuda UMNO akan bangkit mencela bahawa Zambry sebagai pengkhianat atau hanya mendiamkan diri sahaja?

Pakatan Rakyat berterima kasih kepada Nizar selama tempoh 11 bulan beliau memerintah Perak, telah banyak perubahan yang dilakukan. Ditambah pula sikap beliau yang disenangi oleh semua lapisan masyarakat yang menjadi faktor PAS akan memenangi pilihanraya kecil ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak memainkan isu perkauman atau menyebelahi mana-mana kaum. Seruan PAS FOR ALL akan terus digunakan dalam tempoh berkempen di Bukit Gantang ini.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese