16 March 2009

P059: Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS



Saya mengucapkan terima kasih kepada Lujnah Perpaduan Nasional Negeri Perak dan Kelab Penyokong PAS Perak yang memberi kerjasama bagi menjayakan pelancaran hari ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang telah menyumbangkan kewangan lebih kurang RM 10,000.00 yang telah dapat dikumpulkan dan dibawa ke Bukit Gantang bagi menjayakan program hari ini.

Dari jumlah tersebut sebahagiannya telah dibelanjakan untuk membeli sebanyak 300 kilogram keropok kering yang menjadi buah tangan ahli dan penyokong PAS Terengganu kepada ahli-ahli dan penyokong Kelab Penyokong PAs dari kaum India dan Cina di Bukit Gantang.

Teman-teman kita dari kalangan kaum India dan Cina yang hadir pada hari ini dapat menikmati jamuan tengahari nasi minyak dan juga juga sebungkus keropok sebagai tanda ingatan dari PAS Terengganu.

Saya telah meminta YAB Nizar sendiri yang membahagi-bahagikan keropok Semangat kemenangan pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan dibawa ke Bukit Gantang. kemenangan ini akan membuktikan bahawa rakyat menolak kepimpinan Najib Altantuya.

YAB Nizar sendiri telah menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada ahli dan penyokong PAS Terengganu yang telah memberikan sokongan dan tenaga serta wang ringgit bagi menjayakan program hari ini serta kerja-kerja kempen pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang

Sebagaimana kita menghapuskan kerakusan Najib Altantuya di Permatang, gabungan parti-parti Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat dari pelbagai kaum India Cina dan Melayu sekali lagi akan menghalau Najib Altantuya di pilihanraya Kecil Bukit Gantang.

Kita mesti menolak kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Najib Altantuya kerana UMNO dan BN adalah parti perampas, perompak, rasuah dan penyelewengan.

Semua rakyat yang berada di kampung-kampung, di pinggir bandar dan di bandar-bandar yang saya temui, semuanya mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan YAB Dato' Seri Nizar Jamaludin adalah kerajaan yang sah.

Dan kerajaan pimpinan Dr Zambry adalah tidak sah disisi undang-undang.

Kemenangan pilihanraya Bukit Gantang akan membuktikan bahawa rakyat bersama-sama Pakatan dan marilah kita bersama-sama pada hari ini kita bergabung tenaga untuk meruntuhkan UMNO dan BN di Bukit Gantang !

Saya berbesar hati kerana hampir 1000 orang teman-teman dari kaum India dan Cina yang hadir dalam majlis hari ini telah memberikan komitmen untuk menjatuhkan UMNO dan BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang akan didakan pada 7 April akan datang.

Makkal Sakhti ! Reformasi, Hidup Rakyat!

Haji Hanafiah Mat
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu


No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese