16 March 2009

Gobind Digantung 12 Bulan, Anwar Tuntut Najib Jawab Tuduhan Gobind Sebagai "Pembunuh".

Dalam satu tindakan yang dianggap melampaui batas dan berat sebelah, Dewan Rakyat hari ini mengantung Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo daripada menghadiri sidang Parlimen selama setahun bermula hari ini.

Ini berikutan kenyataan beliau yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak terbabit dalam kes pembunuhan wanita monggolia, Altantuya Shaariibuu dan juga menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul bagi menggantung Gobind telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama anggota Parlimen Pakatan Rakyat lain yang kelihatan marah dengan tindakan Parlimen itu berkata tuduhan jenayah tidak boleh ditutup dengan undi majoriti atau kuasa subjudis.

Tambah beliau walaupun usul menggantung Gobind diluluskan tetapi yang dituduh harus diberi peluang untuk membuktikan tuduhan yang dibuat sementara yang dituduh pula perlu mempertahankan diri.

Anwar berkata lagi prinsip "natural justice" tidak dilaksanakan dalam keputusan penggantungan Ahli Parlimen Puchong tersebut.

Najib bagaimanapun tidak hadir pada sidang Parlimen semasa undi terhadap usul itu dijalankan.

Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bertubi-tubi membantah serta mempersoalkan keputusan Speaker, Pandikar Amin Mulia tetapi beliau tidak mengendahkan bantahan tersebut malah tidak mahu memberi ruang kepada Gobind untuk memberi penjelasan.

Antara mereka termasuk Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat), Karpal Singh (DAP_Bukit Gelugor), M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas, Ngo Kor Ming (DAP-taiping) dan R. Sivarasa (PKR-Subang).

Sebaliknya speaker mengarahkan Nazri supaya menggulung perbahasan dan menutup sesi perbahasan dengan segera. - TVAntara

Teks lengkap usul seperti berikut:

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, ahli parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB timbalan perdana menteri, ahli parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

Bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Dan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai ahli parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.

Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

2 comments:

Anonymous said...

PADAN MUKA KAU...
KAPIR JAHAT MACAM NI JANGAN DI LAYAN ATAU DIBELA.

JAHANAM KAPIR..!
ALLAHUAKBAR!!!

Anonymous said...

org munafik juga x boleh dilayan kerana ia boleh memudaratkan agama islam..

jahanam..jahanam..jahanam..jahanam BN..hancur..hancur..hancur..hancur UMNO..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese