
Menurut Presidennya, Mohd Hafez Sabri, hasil daripada perbincangan tersebut mendapati bahawa isu kenaikan cukai tanah itu hanya propaganda yang dimainkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengaburi mata rakyat dengan menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak tidak bertanggungjawab dan menzalimi orang ramai.
"Kami telah berjumpa sendiri dengan wakil kerajaan negeri dan hasilnya kami dapati bahawa isu ini hanyalah gimik politik yang cuba dicetuskan oleh pihak yang berkepentingan," katanya.
"Kami juga kesal dengan tindakan beberapa media arus perdana di negara ini khususnya Utusan Malaysia yang membuat liputan yang tidak berasas dan membuat pembohongan kepada orang ramai. Justeru kami mendesak kepada mereka untuk memohon maaf segera atas pembohongan yang dilakukan" ujarnya lagi.

No comments:
Post a Comment