17 October 2008

Ku Li belum cukup kuota pencalonan untuk bertanding Presiden Umno - Malaysiakini

Tengku Razaleigh Hamzah, yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno, mengalu-alukan cadangan agar bahagian mencalonkan calon yang belum lagi menerima cukup kuota pencalonan untuk bertanding Mac depan.

“Bagaimanapun terpulanglah kepada bahagian untuk memutuskan jika mahu berbuat demikian.

“Tidak ada peraturan dalam perlembagaan parti untuk membenarkan bahagian-bahagian membuat pencalonan bagi calon yang belum mencapai kuota mereka,” kata beliau.

Kelmarin, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Anggota Majlis Tertinggi mencadangkan bahagian mencalonkan calon yang belum lagi mencapai kuota untuk bertanding sesuatu jawatan dan jangan tertumpu kepada calon yang telah melepasi kuotanya.

Beliau berkata, dengan membantu calon untuk memperoleh kuota pencalonan, lebih ramai boleh bertanding pada pemilihan parti.

Ketika diminta mengulas kenyataan Rais itu, Tengku Razaleigh berkata: “Saya percaya ia adalah tindakan seorang budiman untuk mencalonkan seseorang agar boleh bertanding dalam pemilihan parti Mac depan.”

Tengku Razaleigh setakat ini belum lagi memperoleh sebarang pencaloan untuk jawatan Presiden yang ditawar untuk ditandingi.

Soalnya siapa yang akan memulakan cadangang Rais itu. Rais sendiri sepatutnya memulakan di bahagaian. Benlum tentu perwakilan di bahagian akan bersetuju dengan pandangannya.

Kebanyakan pemimpin Umno takut untuk melakukan bertentangan dengan kehendak pemimpin atasan mereka. Budaya takut menegur ini sudah lama berakar umbi. Takut tidak dapat projek. Bahagian-Bahagian yang mencalonkan orang lain selain pimpinan yang dianggap kroni pemimpin atasan ini akan disenaraihitamkan dari mendapat apa-apa kemudahan projek dan lain-lain.

Khairy yakin akan cukup pencalonan untuk rebut Ketua Pemuda Umno
Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yakin akan mendapat cukup pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti itu Mac depan.

“Mungkin sebab saya boleh dikatakan sudah menjadi calon ‘underdog’ sekarang.

“Jadi saya kena yakinkan balik ahli parti di peringkat akar umbi dan perlu bekerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan sokongan daripada mereka,” katanya yang enggan menjawab soalan mengenai peluangnya untuk menang dalam merebut jawatan itu.

Khairy, Ahli Parlimen Rembau, yang menang jawatan Naib Pemuda pada 2004 ditanya mengenai kelembaban pencalonan kepada beliau sejak bahagian-bahagian mengadakan persidangan sejak minggu lalu.

Saya dok perhati Khairy di Parlimen semalam, beliau nampaknya tidak segembira dahulu.

Setakat ini, Exco Pemuda, Datuk Mukriz Mahathir yang menerima 40 pencalonan telah layak untuk bertandinng jawatan itu.

Khairy hanya mendapat 19 pencalonan manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (12) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlism Datuk Zahidi Zainul Abidin (1) setelah 72 bahagian Pemuda mengadakan persidangan perwakilan. - Jiwo Kelate

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese