01 May 2011

Lakukan Sumpah Balas - Perlukah DSAI Layan Cadangan Tokoh Agama?



Harap DS Anwar Ibrahim tak melayan idea tokoh agama yang mencadangkan agar beliau melakukan sumpah balas.

Sebelum ini, semasa kes Saiful ada cadangan dari tokoh agama agar DSAI bermubahalah, ia tidak dilayan oleh beliau. Nampaknya langkah tidak melayannya adalah langkah yang terbaik.

Ketika itu Dr Abd Basit Abd Rahman membuat teguran dalam khutbahnya ketika cadangan sumpah diketengahkan. Katanya, sikit-sikit nak suruh orang bersumpah. Ingat sumpah itu perkara main-main. Sumpah itu adalah permainan orang munafiqin! Janganlah ajar masyarakat bersumpah.. Berman-main dengan nama Allah. - al-ahkam.net

Dr Jeya & Arul antara 21 ditahan, suasana berbeza di negara jiran



Lebih 300 orang berhimpun menuntut pelaksanaan Akta Gaji Minimum pada perhimpunan aman bermula di sekitar monorel Chow Kit sempena Hari Pekerja yang diraikan hari ini.

Bagaimanapun, mereka terpaksa berdepan dengan gerombolan polis hingga menyebabkan beberapa tangkapan dibuat termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam.

Polis turut dibantu anggota dari unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) beserta kelengkapan mereka.

Sehingga jam 2.30 petang, mengikut twitter Suaram, bilangan tangkapan terus meningkat kepada 21 orang dan kini ditahan di balai Dang Wangi dan kini proses mengambil keterangan sedang dijalankan.

Suasana perarakan golongan pekerja di Jakarta berlangsung meriah tanpa diganggu polis

Suasana ini jauh berbeza di negara jiran termasuk di Jakarta yang menyaksikan golongan pekerja seramai lebih 10,000 orang berarak dengan dibantu anggota polis.

Suasana sama juga berlangsung dengan baik di Singapura.

Gaddafi TERLEPAS, Anaknya TERBUNUH



TRIPOLI: Anak bongsu pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan tiga cucunya dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera NATO, awal pagi tadi selepas puak pemberontak dan NATO menolak rundingan untuk mengakhiri krisis di negara itu.

Rumah Seif al-Arab Gaddafi, 29, dilaporkan 'diserang hebat malam tadi," kata jurucakap kerajaan, Moussa Ibrahim dalam sidang akhbar selepas NATO melancarkan serangan udara dan mengesahkan kematian itu.

Beliau berkata, Gaddafi dan isterinya turut berada di dalam rumah berkenaan ketika serangan udara tetapi disahkan tidak cedera.

“Serangan itu mengorbankan Seif al-Arab yang berusia 29 tahun dan tiga cucu Muammar," kata Ibrahim.

Ketiga-tiga cucu kepada pemimpin Libya itu berumur bawah 12 tahun.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin