01 May 2011

Dr Jeya & Arul antara 21 ditahan, suasana berbeza di negara jiran



Lebih 300 orang berhimpun menuntut pelaksanaan Akta Gaji Minimum pada perhimpunan aman bermula di sekitar monorel Chow Kit sempena Hari Pekerja yang diraikan hari ini.

Bagaimanapun, mereka terpaksa berdepan dengan gerombolan polis hingga menyebabkan beberapa tangkapan dibuat termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam.

Polis turut dibantu anggota dari unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) beserta kelengkapan mereka.

Sehingga jam 2.30 petang, mengikut twitter Suaram, bilangan tangkapan terus meningkat kepada 21 orang dan kini ditahan di balai Dang Wangi dan kini proses mengambil keterangan sedang dijalankan.

Suasana perarakan golongan pekerja di Jakarta berlangsung meriah tanpa diganggu polis

Suasana ini jauh berbeza di negara jiran termasuk di Jakarta yang menyaksikan golongan pekerja seramai lebih 10,000 orang berarak dengan dibantu anggota polis.

Suasana sama juga berlangsung dengan baik di Singapura.

1 comment:

Hamdan Rukun said...

HANG NAK MENIPU PUN BIARLAH PADAN.
APA BERLAKU DI SINGAPURA ?
PERHIMPUNAN HARAM? SORAK SORAI PEMBANGKANG MACAM DI MALAYSIA?

HANG KENA CAKAP BENDA BETOI. KALAU TAK MUNAFIQ OOO!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese