08 March 2011

Mahathir Pembohong Terdesak - Anwar



Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim dalam buku Doktor Dalam Rumah adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Mukriz, kata Ketua Pembangkang itu.

“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.

"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Kamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," Anwar memberitahu TVSelangor.


Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Tuduhan-tuduhan itu sering diulangi oleh Mahathir sebagai alasan beliau memecat Anwar daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998, malah diperhebatkan setelah Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

Kini anaknya Mukriz, walaupun kalah dalam saingan menjadi Ketua Pemuda Umno, dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain Pengerusi Umno Kedah.

Pemerhati politik menyifatkan Mahathir sebagai mempunyai agenda tersendiri untuk menghakis pengaruh Anwar dan Pakatan Rakyat demi menjamin kelangsungan Umno dengan Mukriz diasuh untuk kedudukan lebih tinggi dalam parti itu.

Kita Pastikan Apa Sahaja Bermasalah Yang Dihadapi Oleh Rakyat Dapat Berbaiki



"Ubah Sekarang, Selamatkan Malsysia" Ceramah, by PKR Lembah Pantai

Pulangkan Interlok: Polis Soal Pelajar Lebih 10 Jam



Tiga pelajar tingkatan lima mendakwa mereka diheret ibu pejabat polis Kuala Kubu Baru dan disoal siasat selama 10 jam selepas mengambil keputusan memulangkan novel Interlok kepada pengetua mereka, Jumaat lalu.

Pada awalnya, tujuh pelajar SMK Kuala Kubu Baru bercadang memulangkan buku teks sekolah mereka kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan kandungannya tetapi dihalang oleh guru disipilin yang kemudian mencaci mereka.

"Semua tujuh daripada kami berjalan dengan tenang ke bilik guru besar apabila guru disiplin menahan kami dan mengeluarkan kata-kata yang melukakan perasaan kami," kata seorang daripada pelajar di ibu pejabat Parti Hak Asasi di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut pelajar, guru disiplin didakwa menuduh mereka sengaja menimbulkan masalah di sekolah itu dan mengeluarkan kata-kata yang menghina mereka.

"Kenapa orang India garang? India memang suka rosakkan nama sekolah. Keling memang dasar pariah sejak sejarah lagi," guru itu dilaporkan berkata.

Selepas pertemuan itu, mereka gagal memulangkan novel berkenaan kerana diarahkan bersurai.

Dakwa mereka lagi, semalam, pengerusi persatuan ibu bapa sekolah berkenaan, Baktiar Md Rashid, yang juga seorang pegawai polis membawa tiga pelajar yang terbabit itu ke balai polis untuk disoal siasat tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

P Gomathi, 42, ibu kepada seorang daripada pelajar itu berkata beliau berang kerana anak lelakinya dibawa tanpa kehadiran ataupun kebenarannya.

"Anak saya tidak melakukan apa-apa jenayah. Dia cuma mahu memulangkan buku yang tidak mahu dibacanya. Sebaliknya dia dihina dan dibawa ke balai polis seperti seorang penjenayah dengan kereta peronda polis," katanya. -MK

Nik Aziz Tuntut Harunssani jelas Isu 'Undi PAS Masuk Syurga'



YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan telah menghantar surat rasmi kepada Ybhg. Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Hj Zakaria memohon penjelasan beliau berhubung tulisannya di dalam Mingguan Malaysia 6 Mac 2011. Tuan Guru memohon agar dapat dijelaskan bilakah beliau mengeluarkan kenyataan bahawa UNDI... PAS MASUK SYURGA. Semoga Tan Sri Harussani dapat memberikan respon dengan segera.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese