08 March 2011

Pulangkan Interlok: Polis Soal Pelajar Lebih 10 Jam



Tiga pelajar tingkatan lima mendakwa mereka diheret ibu pejabat polis Kuala Kubu Baru dan disoal siasat selama 10 jam selepas mengambil keputusan memulangkan novel Interlok kepada pengetua mereka, Jumaat lalu.

Pada awalnya, tujuh pelajar SMK Kuala Kubu Baru bercadang memulangkan buku teks sekolah mereka kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan kandungannya tetapi dihalang oleh guru disipilin yang kemudian mencaci mereka.

"Semua tujuh daripada kami berjalan dengan tenang ke bilik guru besar apabila guru disiplin menahan kami dan mengeluarkan kata-kata yang melukakan perasaan kami," kata seorang daripada pelajar di ibu pejabat Parti Hak Asasi di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut pelajar, guru disiplin didakwa menuduh mereka sengaja menimbulkan masalah di sekolah itu dan mengeluarkan kata-kata yang menghina mereka.

"Kenapa orang India garang? India memang suka rosakkan nama sekolah. Keling memang dasar pariah sejak sejarah lagi," guru itu dilaporkan berkata.

Selepas pertemuan itu, mereka gagal memulangkan novel berkenaan kerana diarahkan bersurai.

Dakwa mereka lagi, semalam, pengerusi persatuan ibu bapa sekolah berkenaan, Baktiar Md Rashid, yang juga seorang pegawai polis membawa tiga pelajar yang terbabit itu ke balai polis untuk disoal siasat tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

P Gomathi, 42, ibu kepada seorang daripada pelajar itu berkata beliau berang kerana anak lelakinya dibawa tanpa kehadiran ataupun kebenarannya.

"Anak saya tidak melakukan apa-apa jenayah. Dia cuma mahu memulangkan buku yang tidak mahu dibacanya. Sebaliknya dia dihina dan dibawa ke balai polis seperti seorang penjenayah dengan kereta peronda polis," katanya. -MK

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese