21 December 2011

Mustapa Ali Bongkak, Fitnah Saya - Hassan Ali



Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato' Dr. Hassan Ali hari ini mendesak pihak PAS mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib yang dakwanya tidak bertanggungjawab membelakangi keputusan Pusat.

Ianya berikutan kenyataan ADUN Hulu Kelang itu yang secara terbuka mendakwa beliau tidak layak bertanding di DUN Gombak Setia pada PRU 13 kelak.

"Saya juga mendesak agar pihak PAS mengenakan tindakan displin terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, dengan mendakwa saya tidak cukup pencalonan untuk mempertahankan DUN Gombak Setia." katanya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut menyelar tindakan Setiausaha Agung Parti, Dato' Mustafa Ali yang mendakwa dirinya terperangkap dalam Agenda UMNO.

Sambil menganggap kenyataannya itu bersifat bongkak dan sombong, Exco Kerajaan Negeri Selangor itu menganggap tuduhan Mustafa Ali menyalahgunakan autoriti jawatan yang dipegang dengan mengeluarkan tuduhan yang melulu dan tidak releven.

Beliau turut mencabar Mustafa Ali agar memberi bukti melalui kenyataan yang mendakwa dirinya terperangkap dengan agenda jahat musuh parti iaitu UMNO.

Hassan Ali dalam Sidang Media di rumahnya sebentar tadi turut mendedahkan ketidakyakinan beberapa penyokong PAS terhadap perjuangan parti sejak akhir-akhir ini. -klpos

2 comments:

Anonymous said...

Kalau dah tak yakin...keluag la...tunggu apa lg....itu pun susah....

Anonymous said...

jangan cakap banyak..keluar PAS ..masuk UMNO macam UTZ.Nakasone,Dato Asri dan lain-lain...berapa banyak pengikut PAS yang ikut keluar

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin