22 November 2011

Indonesia Dahlah kalah 2 Penyokong Mati dipijak



Stadium Gelora Bung Karno dipenuhi penyokong Indonesia yang membuatkan Stadium bingit sepanjang perlawanan Harimau Muda vs Garuda Muda.

Namun di sebalik puluhan ribu penyokong yang datang ke Stadium, ada 2 insan tidak bernasib baik kerana maut dan puluhan lagi cedera sebelum perlawanan berlangsung . Menurut sumber, kedua-dua mangsa yang maut kemungkinan besar mati dipijak oleh penyokong yang berpusu-pusu masuk ke stadium sambil memegang tiket. Mayat mangsa telah dihantar ke Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo.

Salah seorang mangsa dikenali sebagai Reno Alvino (21), warga Cililitan, Jakarta Timur. Reno Alvino adalah drummer tambahan band DOT di Indonesia yang juga dianggotai dua bersaudara Ezza Yayang dan Adam Yayang. Satu lagi mangsa belum dikenal pasti.

1 comment:

ROZILA said...

Salam TOL,

sudahlah kalah penyokong pula maut,ibarat sudah jatuh... ditimpa tangga.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese