29 August 2011

28 terbunuh dalam serangan masjid di Baghdad



Seorang pengebom berani mati membunuh sekurang-kurangnya 28 orang termasuk seorang ahli parlimen dalam serangan di sebuah masjid Sunni di barat Baghdad awal pagi semalam. Dalam kejadian itu, 37 lagi dilaporkan cedera

"Pengebom itu memasuki masjid Umm al-Qura dan meletupkan dirinya menyebabkan 28 orang mati dan 37 mengalami kecederaan," kata seorang pegawai.

Antara yang terbunuh dalam serangan itu ialah ahli parlimen Wilayah Anbar, Khaled al-Fahdawi, iaitu sekutu Iraq yang disokong Sunni.

Warga emas dan kanak-kanak adalah antara yang mengalami kecederaan.

- AFP

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese