04 July 2011

PR Cadang Bersih Mengadap Yang Di-Pertuan Agong



Penganjur Bersih digesa memohon berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong bagi mendedahkan kepada baginda kepincangan dan penipuan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyambut baik titah Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya semua pihak berusaha menyelesaikan segala masalah menerusi rundingan.

Dalam mesejnya dari London menerusi Twitter, Anwar berkata beliau, Presiden PAS dan Penasihat DAP Lim Kit Siang menyambut baik gesaan Istana Negara itu.

“Saya berharap Bersih akan menimbang untuk memohon perkenan Tuanku untuk menghadap dengan tujuan menunjukkan kepincangan dan penipuan SPR,” kata Anwar,

Dalam kenyataannya semalam Tuanku Mizan menyeru semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan negara susulan ketegangan yang tercetus akibat penangkapan hampir 200 orang termasuk enam ahli pembangkang di bawah Ordinan Darurat.

Baginda juga menggesa supaya kerajaan yang memerintah melaksanakan tanggungjawabnya secara adil dan saksama dan tidak mahu mana-mana segmen masyarakat bermusuhan dengan kerajaan.

“Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun,” titah Tuanku.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese