01 July 2011

Fitnah Mimbar : Khutbah Jumaat Tuduh Peserta Bersih "Sanggup Bunuh" Pasukan Keselamatan



Susulan tindakan polis menangkap lebih 100 orang penyokong Bersih 2.0 dan kecaman media arus perdana terhadap gerakan itu diperhebatkan, kini institusi masjid pula diheret dalam cubaan membatalkan perhimpunan aman berkenaan.

Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini diwajibkan membaca Khutbah Jumaat yang menuduh penganjur Bersih sebagai “pengkhianat” dan mendakwa peserta himpunan itu “akan bertindak ganas, merosakkan harta benda…malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan.”

Khutbah bertajuk “Memelihara Nikmat Keamaman” yang diedarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mendakwa peserta Bersih pada 9 Julai akan “melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, dan berarak ke hulu hilir serta melanggar undang-undang negara”.

Tuduhan yang dibuat menerusi khutbah Jumaat itu mengejutkan lebih-lebih lagi setelah penganjurnya dan pemimpin-pemimpin politik yang menyertai Bersih memberi jaminan berulang kali bahawa perhimpunan itu adalah aman dan berharap polis tidak akan mencetuskan sebarang provokasi.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berulang kali menegaskan perhimpunan itu hanya untuk rakyaty menzahirkan secara aman keperluan di adakan pilihanraya umum yang telus dan adil.

Namun jaminan itu tidak diendahkan oleh JAWI sebagaimana yang dicerminkan menerusi khutbah Jumaat yang dibaca di masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

“Mutakhir ini kita dibimbangi oleh gerakan golongan pelampau yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihan Bersih dan Adil, khutbah itu dipetik berkata.

“Golongan ini pada asasnya memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam, tambah teks khutbah itu.

“Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan,” katanya.

Khutbah itu mendakwa Himpunan Bersih 2.0 berselindung di sebalik perjuangan hak asasi manusia dan politik untuk “meniru” keganasan di negara asing demi menekan pemerintah .

“Mimbar ingin menegaskan bahawa tindakan golongan pengkhianat seperti ini merupakan satu tindakan yang zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara ini sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia itu di dalam kebinasaan serta mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Nasib baik khatib masjid aku pi tak buat macam tu... kalau tak memang lebam dibaling tabung bergerak. Lagha tak lagha belakang kira... kalau khatib dah kufur... takkan nak kira lagi laghanya... sembahyang pun belum tentu sahkah kerana memiliki khutbah songsang?

Minggu depan kalau depa buat lagi... pakat keluar beramai-ramai tunggu sembahyang Zohor berjemaah lagi baik.

Anonymous said...

Sokong anon diatas. Jemaah di masjid2 kl dan putrajaya mungkin tak faham agama atau ilmu agama cetek atau mereka tak abik pot, sebab tu ikut berimamkan imam kufur yg bersubahat dgn pemimpin zalim. Sebab tu islam mewajibkan kita tuntut ilmu sebab amalan tanpa ilmu adalah bida'ah dan terkeluar dari syariat maka mungkin tak diterima amalan. Tapi yg lebih haramjadah yg ada ilmu tak diamalkan, mcm imam yg membaca khutbah, kufur dan lakhanat. Wallahua'lam

kayu_cemeti said...

Negara ku kini telah dipenuhi manusia munafikiq terdiri dari pengamal ilmu yang telah rabun biji matanya semata2 kerana gaji pangkat jawatan hingga sanggup menjadi pak kadok kepada gulungan ahli fasiq maka memang benarlah tidak sah jika kita mendatangi solat berimamkan orang seperti itu ...segala2nya kerana mu ulamak cilaka pengkhianat agama dan perosak akidah bangsa mengikut telunjuk ahli fasiq yang berkuasa

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese