26 July 2011

Biometrik Hanya Boleh Dilaksana Jika Senarai Daftar Pengundi Bersih



Penggunaan sistem Biometrik hanya akan boleh dilaksanakan jika senarai data dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikemaskini dan dibersihkan daripada elemen pengundi hantu dan sebagainya.

Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata SPR sebenarnya tidak memahami permasalahan pokok dan enggan memahami mengapa Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan sistem ini.

“SPR tak faham masalah sebenarnya. Sebenarnya ialah biometric ini boleh dilaksanakan dengan syarat bahawa data yang ada pada SPR itu telah dikemaskini.

Maknanya ada data yang benar- benar sahih baru kita boleh laksanakan biometrik," jelasnya.

Suhaizan berkata SPR bukan sahaja dikritik kerana mempunyai senarai pengundi yang dicemari dengan puluhan ribu pengundi hantu malah turut memiliki senarai pengundi klon.

Pengundi klon adalah fenomena dimana seorang individu yang mempunyai dua identiti berbeza dengan mempunyai dua nombor kad pengenalan.

Ini membolehkan individu itu mengundi sebanyak dua kali tanpa dapat dikesan pegawai SPR dan pemerhati pilihan raya.

Suhaizan berkata, pihaknya berjaya mengesan banyak kes pengundi klon dalam senarai daftar pemilih SPR sendiri.

“Dalam kes ini kita dapat bertemu dengan banyak kes tapi kita hanya keluarkan hanya tiga kes dulu di mana kes ini adalah satu nombor kad pengenalan lama tetapi dimiliki dua individu.

"Dua individu ini pula adalah kita syak adalah orang yang sama. Seperti nama Murugan a/l Subramaniam dan Mariam binti Su. Mereka ini mengundi di kedah. Dua-dua ini punya dua identiti. Mempunyai IC lama yang sama tetapi mempunyai dua IC baru yang berlainan. Jadi ia mempunyai hak mengundi dua kali. Itu bercanggah dengan peraturan pilihan raya sebenarnya,” jelas Suhaizan.

Suhaizan berkata, masalah ini berpunca daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak mengemaskini senarai nombor kad pengenalan dalam sistem mereka.

SPR pula menyerap senarai nombor kad pengenalan itu, tanpa memeriksanya terlebih dahulu sehingga terlepas pandang kewujudan pengundi klon ini.

Suhaizan berkata apa yang menjadi masalah, sebaik sahaja SPR memasukkan senarai nama itu kedalam sistem daftar pemilih, ia sukar untuk dikeluarkan semula.

“Dan sekarang masalahnya ialah bila dia dah masukkan mengikut Seksyen 14 Peraturan Pilihan Raya tidak mudah untuk kelakan dari daftar pemlih itu. Itu sebagai prementasi iaitu dia ada hak . Masalahnya sekarang bagaimana SPR nak keluarkan dari daftar pemilih ini dan apa haknya nak keluarkan,“

Sehubungan itu, Suhaizan bersama Setiausaha DPP, Khairul Faizi Ahmad membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Dang Wangi, hari ini berhubung perkara itu dan meminta agar polis segera menyiasat perkara tersebut.

“Ini adalah hasil daripada satu penemuan yang telah kami jumpai dalam laman SPR sendiri bagaimana berlakunya pertindihan dan juga penipuan-penipuan dalam kad pengenalan yang menunjkkan telah wujud pengundi hantu tu dalam daftar SPR,” kata Kahirul Faizi.

Laporan itu dibuat susulan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui wujudnya klon nombor kad pengenalan pengundi berdaftar dalam senarai daftar pemilihnya.

Wan Ahmad sebelum ini menerusi akhbar The Star, bertarikh 24 Julai lalu, mengesahkan kewujudan pengundi klon, seperti yang didakwa pimpinan Pakatan Rakyat.

Laporan berita tersebut bertajuk “EC: Help us purge ‘clone’ from electroral roll.”

Wan Ahmad juga dilaporkan meminta parti politik atau mana- mana individu tampil memberikan maklumat kepada SPR kononnya untuk membersihkan daftar pengundi tersebut.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese