
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail berkata bank tidak dapat meneruskan proses melelong dua unit bangunan lima tingkat selepas injunksi itu diserahkan kepada mereka.
“Dengan injunksi ini, saya dimaklumkan bahawa lelongan itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Kami tidak tahu identiti pihak yang berjaya memperoleh injunksi itu. Apa yang pasti, ia bukanlah daripada kami (PKR),” katanya .
Sebelum ini, bank terbabit mengeluarkan notis lelongan selepas pemilik premis gagal membayar ansuran pinjaman selama lebih 30 bulan.
PKR ketika ini menyewa bangunan lima tingkat itu dengan sewa bulanan antara RM10,000 dan RM20,000 dengan tempoh pajakan enam tahun, yang masih berbaki tiga tahun.
Bangunan itu pada mulanya dijadual dilelong di pejabat pelelong berkenaan di Brickfields pada 2.30 petang ini.
No comments:
Post a Comment