17 June 2011

Hukum Demonstrasi BERSIH 2.0 Halal! Tidak Haram...

(UZAR] Isu Demonstrasi Haram: Jangan Main Tenis Tapi Guna Peraturan Badmintan



Antara isikandungan:

Jangan terlalu kaku ketika berhadapan dengan teks syarak (nash) yang berkaitan dengan muamalat. Tidak seperti dalam hal-hal ibadah.

Dalam hal muamalah mestilah bertepatan dengan maqasid atau roh syariah. Sedangkan dalam hal ibadah mestilah bertepatan dengan taks syarak atau nash.

Cara perlantikan pemerintah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman selepasnya adalah berbeza dengan yang ada sekarang, iaitu demokrasi. Dahulu, untuk melantik khalifah tiada pilihanraya. Tiada pungutan suara dari rakyat.

Islam tidak menghalang cara demokrasi dan segala komponen di dalamnya yang tidak bertentangan dengan syariat.

Demonstrasi adalah salah satu dari komponen demokrasi yang tidak bertentangan dengan Islam.

Hadis-hadis tentang menegur pemerintah dan ketaatan kepada mereka hendaklah difahami dalam konteks hadis itu. Ia tidak boleh digunapakai secara umum.

Cara untuk mengelakkan demonstrasi ialah dengan kerajaan mendengar pandangan rakyat.

Dibenarkan mengadakan demonstrasi aman untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kelemahan kepemimpinan. Namun tidak boleh menyentuh kesalahan individu atau peribadi pemimpin.

Apakah melaungkan bantahan terhadap pemerintah atau menegur mereka secara terbuka boleh dilabel sebagai Khawarij? Selagi rakyat menegur dan meluahkan perasaan marah secara aman tanpa angkat senjata, mereka tidak boleh dianggap sebagai khawarij. - al-ahkam.net

2 comments:

Wau Janak said...

bukankah mengadakan demonstrasi di dalam stadium atau padang lebih aman dan tidak mnggagnggu umat dan timbulkn pemasalahan? jd mgapa demonstrasi yg lebih tidak aman dipilih? adakah itu pendekatan islam iaitu mmilih sesuatu yg lebih buruk berbanding yg lebih baik?

Anonymous said...

Agong-Pada hakikatnya demonstrasi jalan lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan walaupun niat asalnya baik

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese