17 May 2011

Tiada Calon Layak Cabar Hadi



Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima selepas tiada sebarang pencalonan yang layak mencabarnya untuk jawatan itu.

Semalam merupakan tarikh akhir bagi mengemukakan sebarang pencalonan.

PAS Bukit Bintang mencalonkan Exco Kelantan Datuk Husam Musa untuk mencabar Hadi, namun Husam memberi reaksi bahawa beliau belum berminat untuk bertanding jawatan parti tertinggi itu.

Abdul Hadi mula dilantik sebagai pemangku presiden pada Julai 2002 dan dipilih sebagai presiden PAS pada 2003.

Sehingga kini, hanya dua pemimpin PAS mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Mereka adalah penyandang Nasharuddin Mat Isa dan anggota jawatankuasa pusat Mohamad Sabu.

Turut dicalonkan ialah naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub, anggota jawatankuasa pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pemilihan akan berlangsung awal bulan depan.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin