19 May 2011

ROS Patut Lucut Pendaftaran Umno



KEADILAN hadapi risiko diharam

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menerima satu lagi tekanan dan serangan terbaru, kali ini berhadapan risiko diharamkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), berikutan satu surat yang diterima daripada badan itu minggu lalu.

Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ROS memberi alasan KEADILAN telah melanggar fasal perlembagaan parti itu.

Bagaimanapun menurut Saifuddin, klausa yang dirujuk ROS itu sebenarnya tidak wujud dalam perlembagaan KEADILAN.

“Minggu lepas ROS telah menghantar surat kepada parti memaklumkan tujuan untuk mengharamkan KEADILAN. Mereka memberi tempoh sehingga 9 Jun untuk kita memberikan penjelasan mengapa parti ini tidak boleh diharamkan.

“Alasan yang diberikan adalah parti telah melanggar fasal 32.2.1 fasal perlembagaan parti. Klausa itu sebenarnya tidak wujudpun dalam perlembagaan parti yang diluluskan oleh ROS sendiri.

Menurut Saifuddin, ia merupakan satu lagi siri tekanan terhadap parti itu.

“Ini membuktikan niat jahat dalam siri serangan terhadap KEADILAN.

“Selepas serangan terhadap Anwar, Naib Presiden (Nurul Izzah) diugut, kenderaan Anwar disabotaj, pengharaman lidah rasmi parti Suara Keadilan, kemudian ceramah-ceramah KEADILAN disekat.

“Usaha untuk mengharamkan KEADILAN ini adalah antara kemuncaknya,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Justeru itu, Saifuddin berkata beliau akan mengadakan sidang media jam 12 tengahari ini di Ibu Pejabat KEADILAN, Petaling Jaya bagi menjawab isu itu.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese