Milad Said Ayyash yang berumur 17 tahun keluar menyertai tunjuk perasaan secara aman sempena sambutan peringati Nakbah tahun ke-63, namun peluru tembakan yang tidak dikenal pasti sama ada dari polis rejim zionis atau warga haram Israel menembusi perutnya.
Menurut perincian laporan akhbar 'Shourouk' Mesir, Milad dilahirkan di BaitulMaqdis sempat melihat penempatan haram, malah turut melihat juga rumah-rumah Palestin yang diroboh serta keluarga-keluarga Palestin yang diusir keluar dari BaitulMaqdis.
Lapor agensi berita Palestine 1948, Safa dan AFP bahawa Milad menghembuskan nafas terakhirnya di awal pagi Sabtu(semalam) kesan dari kecederaan kritikal yang menimpanya selepas Jumaat apabila perutnya ditembusi peluru.
Berhubung kejadian, saksi menjelaskan bahawa tembakan tersebut dilepaskan oleh warga haram dari salah sebuah tingkat bangunan dikenali 'Bait Yunathan' yang melepaskan tembakan secara rambang ke arah remaja-remaja dan kanak-kanak Palestin.
Said Ayyash, ayah kepada Milad juga menuduh warga haram Israel yang membunuh anaknya ketika melalui jalan berhampiran bangunan yang diduduki warga haram di Hayyu Silwan, bandar BaitulMaqdis.
Ratusan Palestin iringi jenazah Milad ke Masjid Al-Aqsa
Sebelum tengahari, jenazah Milad diiringi ratusan penduduk Palestin dari rumahnya, Hayyu Suwaih melalui Hayyu Ras Al-Amoud sehingga tiba di Masjid Al-Aqsa.
Lapor Palestine 1948 semalam, pertempuran antara tentera rejim penjajah dengan pemuda Palestin yang marah berhubung kematian Milad meletus semula berhampiran kawasan penempatan haram di Ras Al-Amoud.
Ketika itu, para pengiring jenazah dilontar bom gas, lalu beberapa penduduk Palestin yang berusia dan wanita tercedera akibat sesak nafas. Pemuda-pemuda Palestin yang marah bertindak memecahkan kamera kawalan yang dipasang tinggi sepanjang jalan di Ras Al-Amoud menuju ke Masjid Al-Aqsa.
Jelas Palestine 1948, jenazah Milad disembahyangkan di Masjid Al-Aqsa. Turut kelibat pemuda-pemuda Palestin yang menutup muka meletakkan bendera Palestin serta bendera simbolik Islam di atas bumbung Masjid Al-Aqsa serta melaungkan kemenangan. Kemudian, jenazah diiringi sehingga ke tanah perkuburan Bab Al-Rahmah di Bab Al-Asbat.
"Kami syahid, hidup Palestin", "wahai Syahid tenanglah mu di sana, kami akan terus berjuang", antara ungkapan para pemuda Palestin ketika jenazah Milad dikebumikan malah laungan takbir turut bergema kuat. Tidak memadai dengan itu, Palestine 1948 melaporkan lagi, beberapa di kalangan pemuda Palestin melontar batu dari kawasan perkuburan ke arah tentera rejim penjajah yang berada di jalan-jalan utama. Sumber 15/04/2011, suratkhabar Shourouk[Mesir], 14/05/2011, web berita safa.ps dan web berita Palestine 1948
No comments:
Post a Comment