18 May 2011
Perarakan Solidariti Hentikan Lynas pada Jumaat ini ...
Hentikan Lynas! Gerakan Hentikan Lynas akan menganjurkan Perarakan Solidariti Hentikan Lynas pada Jumaat ini 20 Mei 2011 dari KLCC ke Suruhanjaya Tinggi Australia (Australian High Commission).
Perarakan tersebut akan berakhir dengan penyerahan memorandum rakyat kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.
Acara ini dianjurkan oleh beberapa NGO antaranya Gabungan Rakyat Hijau, Pemantau Alam Sekitar Kuantan dan Selamatkan Malaysia.(The People's Green Coalition, Kuantan Environmental Watch Group & Save Malaysia).
Perhimpunan akan dimulakan di sekitar Taman KLCC (dekat masjid) sejurus selepas Solat Jumaat kira-kira jam 2 petang dan akan dilanjutkan ke
Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng sejurus selepas itu.
Ini merupakan harapan kami bahawa anda akan dapat bergabung dengan kami dalam peristiwa bersejarah dan menunjukkan sokongan anda kepada kami, orang-orang Malaysia, yang menentang industri yang meninggalkan jumlah sisa radioaktif yang tak terbayangkan di tanah kita yang tercinta.
Melalui perarakan ini, kita akan menghantar mesej kepada kerajaan Malaysia bahawa kita tidak akan membiarkan persekitaran dan kesihatan kita dikorbankan atas nama keuntungan.
Dan yang paling penting adalah perarakan ini adalah satu penonjolan hak dan suara dari rakyat Malaysia yang perlu diperjuangkan.
Ramai para aktivis dan ahli politik pembangkang akan akan bergabung dengan kami untuk perarakan ini.
Sesiapa yang mewakili atau ahli Majlis Peguam Malaysia, NGO atau Masyarakat Sivil akan diberikan tag khas Hak Asasi Manusia
Kita perlu kerjasama anda untuk memantau Polis (terutama FRU) supaya mereka tidak melanggar hak-hak dari setiap peserta pada hari tersebut.
BERSAMA, tidak mengira kaum, agama, kelas sosial dan ekonomi, Kita akan berganding baru membuat suatu yang amat penting!
Jumpa kamu disana!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment