24 May 2011
Kereta Kalis Bom Obama Rosak, Awas Ancaman Al-Qaeda
Kereta Presiden Amerika Syarikat (AS) yang digelar The Beast direka sebagai kenderaan yang superkuat. Kereta Cadillac ini kalis peluru dan kalis bom demi keselamatan Presiden Barack Obama. Sayangnya kereta itu tidak kalis rosak.
Ketika Obama berkunjung ke Ireland untuk mengunjungi rumah nenek moyangnya di County Offaly, kereta berpintu setebal 20 cm itu rosak ketika hendak keluar dari Kedutaan Besar AS di Dublin, Isnin (23/5/2011). Pada mulanya kenderaan itu disangkakan tersangkut pada bonggol di pintu gerbang kedutaan itu.
Ketika kenderaan itu tidak juga dapat digerakkan, pintu belakang terbuka. Kelihatan seseorang keluar dari kereta, tetapi susuk tubuhnya tidak jelas kelihatan kerana dilindungi pintu kereta dan dikawal seorang anggota Secret Service. Malah sebuah van yang pada awalnya diparkir di luar bangunan kedutaan terus bergerak ke hadapan gerbang sehingga menlindungi pandangan ratusan warga Dublin yang berada di tepi jalan.
Menurut jurucakap Secret Service Robert Novy, The Beast yang tersangkut adalah kereta tambahan. “Ia hanya membawa beberapa orang staf dan pembantu peribadi. Mereka terus dipindahkan ke kenderaan lain.”
Novy menambah, rombongan Presiden Obama kemudiannya keluar melalui jalan lain. “Tidak ada insiden lain dan tidak ada yang tercedera,”.
“Saiz ukuran kenderaan itu memang sering menjadi masalah dan ini akan menjadi pertimbangan untuk proses selanjutnya,” tegasnya.
Kejadian ini menimbulkan kebimbangan kepada pasukan keselamatan Obama. Pasukan Secret Service melakukan banyak perkara untuk memastikan keselamatan Obama selama ia berkunjung ke England di tengah ancaman Al Qaedah untuk membalas dendam diatas kematian Osama bin Laden.
The Beast dibina oleh General Motors dengan spesifikasi yang sangat khusus demi keselamatan Obama. Kereta sepanjang lima meter dan berat lapan ton ini memiliki persediaan oksigen sendiri untuk menangani serangan kimia. Tayarnya juga kalis bocor dan tetap boleh berjalan.
Jika Obama berada di dalamnya, The Beast disebut Cadillac One.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kereta Tuan Guru Nik Aziz macam mana pula agaknya? :)
Post a Comment