27 May 2011

Harga Minyak Naik Jika BN Terus Perintah



Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan harga RON 95 kekal, menandakan BN goyang, Pakatan Rakyat kuat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kelaziman kepada mana-mana pemimpin dunia yang tidak prihatin kepada rakyat akan tersentak bila hampir pilihan raya dalam negara mereka.

Katanya, pemimpin Umno BN sudah mula cakna rakyat kerana hendak mengambil hati pengundi, lebih-lebih lagi suasana pilihan raya akan datang bukan era 60-an dan 70-an.

Tambahnya, pengundi sudah berbeza dan semakin matang untuk memilih mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab.

“Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.

“Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik,” ujarnya.

Tambahnya, PAS yakin minyak akan naik selepas pilihan raya nanti jika BN terus mendapat mandat.

“Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang,” ujarnya lagi.

PAS, katanya masih menunggu apakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin.

Menurutnya, rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan.

Baginya, BN mewujudkan “makmal” untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat.

Sepatutnya, kata beliau peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.

“PAS yakin harga minyak akan naik melambung selepas Pilihan Raya Umum ke-13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat.

“Oleh itu, untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putrajaya di dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

nak salahkan siapa? siapa akan kekalkan BN terus berkuasa? siapa lagi? tentulah puak puak melayu yang bodoh. Orang melayu marah bila dikatakan mereka bodoh - tapi itulah hakikat sebenar. Melayu memang bodoh dan akan terus dibodohkan oleh BN/UMNO.

Anonymous said...

Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

Respected throughout the Malaysian;
That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

整个马来西亚的尊重;
Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

主办单位: MCA Selayang..


Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese