06 May 2011

Al Qaeda sahkan kematian Osama, ikrar balas dendam



KAHERAH: Al-Qaeda pada hari Jumaat telah mengesahkan pembunuhan Osama bin Laden dan mengingatkan tindakan pembalasan, dengan berkata kepada rakyat Amerika "kegembiraan akan bertukar kepada kesedihan."

Kenyataan pengesahan ini berada di laman web mereka, dan ditandatangani oleh "Ketua Jeneral" al-Qaeda. Pengumuman yang dibuat itu sekaligus memulakan pencarian seorang pengganti kepada Bin Laden. Timbalannya Ayman al-Zawahri dilihat merupakan seorang tokoh terkemuka dalam kumpulan itu dan merupakan calon yang paling sesuai mengambil tempatnya.

Kenyataan bertarikh 3 Mei, merupakan kenyataan pertama dari kumpulan itu sejak Bin Laden dilaporkan telah dibunuh pada Isnin oleh tentera AS di dalam satu serbuan di tempat persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan. Ketulenan kenyataan itu tidak dapat disahkan secara bebas, tetapi ia telah berada di laman web kumpulan itu sebagaimana kebiasaan mereka mengeluarkan mesej-mesej kumpulan ini.

"Kami menegaskan bahawa darah pahlawan suci Sheikh Osama bin Laden, Tuhan memberkatinya, ia amat berharga bagi kami dan bagi semua umat Islam dan tidak akan sia-sia," menurut kenyataan berkata. "Kami akan kekal, dengan keizinanNya, sumpahan akan mengekori rakyat Amerika dan ejen-ejen mereka, sama ada mereka di luar atau di dalam negara mereka."

"Tidak lama lagi, dengan keizinanNya, kegembiraan mereka akan bertukar menjadi kesedihan," katanya lagi, "darah mereka akan bercampur dengan air mata mereka.''

Dalam kenyataan itu, al-Qaeda juga menggesa rakyat Pakistan - "dimana tempat Sheikh Osama telah dibunuh" - supaya memberontak menentang pemimpin mereka.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin