18 April 2011

Video: Polis sahkan bukan Anwar



Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.

Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar. -keadilandaily

6 comments:

Anonymous said...

kah..kah..kah..
takat kenyataan polis camtu pon ko dah kata polis sahkan bukan anwar...
ha..ha..ha..ketuk kepala ko tu lagi skali la bro.kk....bior bfung c

Anonymous said...

berkata benar la walaupon pahit..
jangan hipokrit dan jadi munafik!!!

BZ said...

Kepada mereka yang bersungguhx
mempercayai DSAI adalah perlaku itu
dan merekax yang mengulas mencaci
dan memfitnah DSAI tanpa bukti yang
sahih sekaranglah masanya kalian
semua memohon maaf kepada DSAI
secara terbuka.Sekiranyalah kamu tu
seorang manusia yang mengaku ISLAM!!!

Anonymous said...

Polis cakap melayu bukan cakap omputeh...itu pun org pas tak leh faham.....mcm mana nak perintah msia kalau bende semudah tu pun tak reti nak faham...

Anonymous said...

So takyahlah aku komen, ayat camtu pun depa boleh salah faham.... spin kottt

fariz said...

Kalaulah Malaysia menjadikan Al-Quran dan AsSunnah sebagai perlembagaan, awal-awal lagi video fitnah trio Datuk T ini sudah di tolak sebagai bukti kerana tidak cukup saksi dan kesahihan yang diragui. Trio yang membawa fitnah ini sudah tentu disebat 80 kali atas tuduhan zina yang palsu.
Masalahnya, Malaysia menjunjung hukmul jahiliyyah. Astaghfirullah. Inilah dunia akhir zaman. Semua berlandaskan nafsu.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin