29 April 2011

Sumpah Laknat - Eskay Pegang Quran Terbalik Dan Dilarang Fitnah Anwar



Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay hari ini melafaz sumpah laknat dengan memegang naskah Al-Quran terbalik, sebelum diperbetulkan oleh seorang pendakwah bebas di Masjid Amru Al-As Sentul petang tadi.

Beliau bagaimanapun gagal mncapai hasrat mengambil sumpah bahawa Anwar adalah pelaku dalam video lucah yang ditayangkannya selepas dinasihati oleh pendakwah Firdaus Supri mengenai nas-nas Islam.

"Saya nak beritahu, sumpah ini tidak boleh digunakan dalam menuduh seseorang berzina kerana ia tiada dalam syariat Islam," kata beliau kepada Eskay sebelum menyerahkan senaskah buku mengenai hukum Qazaf kepada ahli perniagaan itu.

Firdaus kemudian membetulkan cara Eskay memegang Al-Quran sebelum ahli perniagaan itu menyempurnakan sumpah laknat bahawa beliau ada dalam rakaman video lucah yang diedarkan menerusi Internet sejak 4 April lalu.

Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim hadir di masjid itu memakai baju kalis peluru seolah-olah keselamatan mereka terancam.

Rahim semalam berkata beliau dan Shuib telah mewakilkan Eskay untuk membuat sumpah laknat itu bagi pihak mereka.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa majlis sumpah laknat itu dibatalkan apabila gandingan Datuk T itu tidak hadir.

Selesai upacara mengangkat sumpah laknat, tiga Datuk T itu bergegas meninggalkan masjid tanpa menjawab soalan pemberita.

Terdahulu keadaan selepas solat Jumaat menjadi kecoh seketika apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan Eskay kerana menabur fitnah bersabit video lucah itu.

Hadir bersama mereka adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Samsul Iskandar Md Akin.

Shamsul Iskandar Md Akin berkata Eskay memperalatkan sumpah laknat dan membelakangkan hukum Qazaf yang jauh lebih sesuai untuk kes-kes fitnah.

AMK telah menfailkan pertuduhan Qazaf terhadap Datuk T, kerana menfitnah Anwar dan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Shamsul kesal kerana pihak berkuasa Islam seolah-olah merestui sumpah laknat Eskay.

"Saya hairan dengan kehadiran pegawai Jawi sedangkan penyiasatan dikatakan sedang dilakukan oleh Jawi tentang kes Qazaf saya.

"Ini bukan caranya, kita ada Mahkamah dan (sumpah) ini bukan cara yang betul," kata Shamsul kepada media.

3 comments:

Qaseh Bonda said...

Kesian jugak tengok wajah kuda2 tua ni. Apa sebenarnya yang mereka cari dalam hidup.

Tak kisahlah Anwar tu sampai jahat mana sekali pun tapi yang paling jahat adalah manusia yang tak pernah sedar yang dia tu pun nak mampus jugak.

Patutnya bila dah umor2 senja ni kena lah buat check n balance diri tu sendiri. Berlumba2 buat baik untuk bawa buah tangan bila berjumpa Allah nanti.

Mengata dulang paku serpih, dok asyik kata kat orang, kita yang lebih dengan sejarah hitam.

Teringat buku terakhir mantan PM. Bermegahkah kita dengan hasil karya yang hanya mengaibkan diri sendiri.

Baik pakat2 hayati "tuesdays with morrie" based on true story yang menginsafkan kita manusia yang cuma hamba.

Anonymous said...

nak buat cmna..selalu pegang buku...mungkin xselalu pegang alquran..tu yg kekok...heehehe..sepatutnya tok imam test suh dia bc quran tu...

Anonymous said...

Mualaf ni tahukah kegunaan Al-Quran tu untuk apa? Siapa yang tarbiah dia untuk menggunakan kitab suci itu untuk bersumpah? Ulama UMNO dan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawb terhadap Islam kena bertanggungjawab sepenuhnya.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese