07 April 2011

PAS bakal beri tentangan sengit di Beting Maro



Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus,merupakan seorang anak muda yang menjadi ikon baru Pas Sarawak dalam pilihanraya kali ini.Disenangi oleh banyak pihak,jejaka muda ini mendapat liputan seperti seorang selebriti dan dianggap seperti seorang artis di Beting Maro.

Peguam yang berumur 32 tahun ini berasal dari Sibu,sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.Seperti Haji Adam Ahid,Abang Mat mempunyai rantaian keluarga yang besar di kawasan Beting Maro, meliputi kawasan Beladin,Pusa,Undai dan Semarang.

Anak bongsu daripada tujuh beradik ini mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini menjadi Penasihat Undang-undang kepada Pas Sarawak.


Untuk rekod,dalam pilihanraya umum kali ini,beliau akan menghadapi pertandingan dua penjuru antara beliau dan calon PBB,Razaili Gapor.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese