13 April 2011

Kes Sarbaini: 40 saksi sudah disiasat -



Polis telah mengambil keterangan 40 individu bagi membantu siasatan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini 6 April lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata bagaimanapun kes itu masih disiasat di bawah kes mati mengejut.

"Polis sedar kes ini menarik perhatian dan siasatan akan dibuat dengan teliti," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Sehubungan itu, Zulkifli meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan.

"Orang ramai juga dinasihat agar menyalurkan sebarang maklumat sekiranya ada, terus kepada pihak polis," katanya.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam Diraja Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese