13 April 2011

Husam Tolak Tanding Presiden,Sokong Penuh Kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi



Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa, hari ini menyatakan sokongan penuh beliau kepada pimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan dengan itu, Husam menolak sebarang percalonan dari mana-mana PAS kawasan untuk mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS.

“Saya menyokong 100 peratus kepada pimpinan Tuan Guru Haji Hadi, kerana kepada saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS.

“Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden,” katanya.

“Saya tidak pernah ada hasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu, apa tah lagi apabila dipertembungkan dengan Tuan Guru Haji Hadi,” katanya lagi.

Ujarnya, generasi muda kini mungkin tidak mengetahui hubungannya dengan Tuan Guru Haji Hadi.

“Pada tahun 1983 bila saya lepas universiti, saya ‘full time’ berkerja dengan PAS.

“Dan yang menerima saya di dalam majlis rasmi adalah Tuan Guru Haji Hadi dan almarhum Ustaz Hassan Syukri,” ujarnya lagi.

Walau macam mana pun beliau mengucap kan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS.

“Mungkin PAS Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya,” katanya.

Ujarnya lagi, beliau hanya akan bertanding sebagai AJK PAS Pusat sahaja dan fokus utama beliau ialah Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

“Tugas utama saya ialah bagi memastikan Kelantan diuruskan dengan baik dan berjaya dalam PRU 13 yang semakin hampir,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan Husam bagi bertanding jawatan Presiden PAS sewaktu mesyuarat agung PAS kawasan berkenaan.

Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas Naib Presiden, Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden.

Manakala, tiga jawatan Naib Presiden mereka mencalonkan Salahuddin Ayob, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Hrkh

4 comments:

azmie said...

orang muda kini yg taunya besembang pasal video porno. mn ada masa nak blajar sejarah jemaah

Anonymous said...

Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN)

"Hanya BN yg boleh memerintah Malaysia. Baik buruk BN, hanya BN yg boleh jadi kerajaan"

"Kalau PAS perintah, aku makan ubi kayu je le.."

Ni antara kata2 yg keluar dr mulut Melayu Felda di DUN Tenang. Gua tak tau plak kalau IQ Azman Shapawi setaraf IQ Melayu Felda. Kalau betul, gua sebagai perwakilan Pemuda malu sgt, walaupun gua tak pangkah lu pun masa muktamar 2009.

"Pandangan (kurang sokongan orang muda) itu tidak tepat. Itu (isu) tidak berlaku kerana tidak ada satu kajian dibuat golongan muda tidak sokong PAS kerana presiden parti"

Azman, tunjukkan kajian yg menunjukkan golongan muda sokong PAS sebab Presiden.. silakan!

"PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat"

Realistik la ostad. Majority diorang sokong PAS / PR sebab bencikan BN. Bencikan BN sebab 1 juzuk. Sedangkan BN masih memerintah dan memiliki kelebihan 10 juzuk yg PAS / PR takde. Kalau BN reform 1 juzuk tu, diorang swing bai.. Tu la masalah segelintir pemimpin PAS, tak reti berfikir dan tolak idea yg realistik utk kepentingan parti.

"Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS"

Lu buat culaan, berapa kerat non Muslim yg berjinak dgn PAS sebab kehebatan cara pimpinan Hadi? Gua pun nak tengok kajian lu gak.

"Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti"

Betul ke lu mewakili DPPP? Betul ke sekor2 Exco DPPP setuju dgn lu? Gua kenal diorang bai. Kalau Dollah Karim masih dlm Pemuda, silap2 lu kena balik, hehe.

-tibe2 rase nk trmuntah bile bace artikel ni..uuwweeeekkk!!!..trmuntah jgak akhirnye..

-agak2 la si azman woi kalo nk membodek skalipun..gile2 kipas punye ayat ko ni..

Sokong bawak rebah.
TGHH seorg x mampu buatkan diri sendiri. Think thanknya(termasuk menantu) yang menaikkan imejnya.
Politik adalah persepsi. Jika persepsi org awam tehadap TGHH adalah negatif, banyakkah undi yg akan pergi ke PAS?

Iye ke? Gua sokong PAS sebab Nik Aziz, Nizar, Husam Musa, Mat Sabu, Khalid Samad. Gua akan jadi ahli PAS sebaik saja Hj Hadi turun dari kerusi presiden.

Anonymous said...

PAS PERLU PRESIDEN YANG BARU... KAMI SEBAGAI ANAK MUDA MENYOKONG PAS MEMPUNYAI PRESIDEN YG BARU SUPAYA PAS TAK JADI PARTI LEMBIK DARI SEGI KEMPIMPINAN... KALAU HEBAT DARI SOKONGAN PUN TAK GUNA JUGA JIKA PEMIMPIN BANYAK YG LEMBIK... BUKAN TAKAT PRESIDEN JE... KETUA PEMUDA PUN KENA TUKAQ JUGA....SEMUANYA MCM DAH KEKERINGAN IDEA JE.....

Anonymous said...

Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

Respected throughout the Malaysian;
That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

整个马来西亚的尊重;
Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

主办单位: MCA Selayang..


Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese