11 April 2011

Gaddafi terima pelan damai



Muammar Gaddafi sudah menerima pelan damai Kesatuan Afrika (AU) bagi menamatkan konflik di negara itu, kata Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, di sini.

“Delegasi saudara kita sudah menerima pelan damai yang kami bentangkan," kata Zuma dalam kenyataan ringkas kepada wartawan di kediaman Gaddafi, Bab Al-Aziziya.

Zuma berkata, butiran cadangan penyelesaian itu akan digariskan dalam satu perutusan. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila ia akan diumumkan.
Sementara Zuma akan meninggalkan Libya, anggota lain delegasi AU itu akan berada di Tripoli sebelum berlepas ke Benghazi yang dikuasai pemberontak.

Di sana, mereka akan membentangkan pelan AU itu yang turut membabitkan gencatan senjata segera.

Selain Zuma, delegasi AU itu disertai tiga pemimpin negara Afrika lain iaitu, pemimpin Mali, Amadou Toumani Toure; pemimpin Mauritania, Mohamed Ould Abdel; dan pemimpin Congo, Denis Sassou Nguesso.

Turut sama ialah Menteri Luar Uganda, Henry Oryem Okello, yang mewakili Presiden Yoweri Museveni. - AFP

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin