Lori yang dipandunya dan dinaiki beberapa rakannya, dari Penang Road ke Happy Valley, telah dihalang oleh polis selepas dibantah penduduk.
"Saya membuat protes ini kerana Ng merancang untuk mengeluarkan saya dari Komtar sebaik kerja-kerja pengubahsuaian siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tunjuk perasaan secara aman yang disertai beberapa anggota dari 11 badan bukan kerajaan di Georgetown, hari ini.
"Kami tidak mahu pemimpin yang suka bertindak kasar di Pulau Pinang dan akan terus menunjukkan penentangan sehingga dia meletak jawatan," katanya merujuk tindakan kasar Ng terhadap seorang pemilik restoran nasi kandar awal tahun ini.
Sebelum itu, sekumpulan lebih daripada 200 orang yang mendakwa anggota NGO Melayu Islam mengadakan tunjuk perasaan di Komtar berhubung isu tanah Melayu dan usaha meminggirkan orang Melayu di negeri ini.
Pengerusi kumpulan itu Anuar Khan Ali Azqar Khan berkata mereka akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di Geeorgetown petang ini.
"Kami tidak mahu orang Melayu di negeri ini terus merana disebabkan sikap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah orang Melayu dengan baik," katanya. - Bernama
3 comments:
Melayu ker puak-puak ni? aku tak nampak pun muka melayu ... hahaha
Kah,,,kah,,kah,,,
Cuba kau orang dengaq apa yg si malaun ni cakap. Sekejap kata dia buat pasai Islam...sekejap dia kata dia buat kerana kena diiniaya....ha..ha..ha..
Nampak sangat la malaun ni penipu. Bulat2 dia menipu beruk2 yang tolong menjerit kat dia tu. Berapa sen la si malaun ni sogok kat beruk2 tu tak tau la...
Memang bodo betoi la beruk2 ni....
Kalau aku ada kat situ hari tu...memang aku kena booooo punya beruk2 ni.
Cakap la terus terang....kau buat demo ni kerana konon diiniaya oleh LGE, Cakap biaq terang jangan nak selindung2 guna Islam. Bangang punya malaun. Bikin malu kaum ja
hampa pi la buat demo kat dpn rumah mamak kutty mahafiraun tu.. baru betul..pasai dia la melayu merempat n islam dihina
Post a Comment