14 March 2011

Nazri sahkan Rosmah sebagai First Lady tapi nafi FLOM wujud



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengesahkan Datin Seri Rosmah Mansor adalah Wanita Pertama atau ‘First Lady’.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, First Lady adalah isteri kepada ketua eksekutif sesebuah negara iaitu isteri kepada Perdana Menteri dan tidak bercanggah dengan amalan dan protokol di negara ini.

Nazri juga menyatakan, tiada peruntukan kewangan khusus untuk membiayai kegiatan isteri Perdana Menteri atau disalur Bahagian Pertama Wanita Pertama (FLOM) yang dianggapnya sebagai tidak wujud.

Demikian jawapannya kepada soalan bertulis Johari Abdul (KEADILAN-Sungai Petani) yang bertanyakan takrifan Jabatan Perdana Menteri terhadap gelaran Wanita Pertama Malaysia, sama ada merujuk isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong.

Malah, beliau memberi contoh ketika Persidangan Negara-negara Komanwel (CHOGM), isteri-isteri ketua eksekutif negara, digelar sebagai Wanita Pertama.

Mengulas hal itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin percaya Nazri tidak berani menjelaskan status sebenar FLOM kerana takut dengan Rosmah.

Beliau juga kesal dengan Nazri memberi jawapan tidak tepat berhubung isu peruntukan.

“Ini jawapan berdolak dalik. Menteri tidak memberikan jawapan yang tepat. Apakah kerana dia takut kepada Rosmah?” kata Zuraida ketika ditemui di lobi Parlimen.

Zuraida turut mempersoal percanggahan fakta kerana dalam jawapan Menteri yang sama sebelum ini, lebih RM134,000 digunakan untuk membiayai perbelanjaan kegiatan Rosmah ke beberapa negara.

“Jadi, kalau tidak menggunakan peruntukan dari FLOM, dari mana datangnya wang itu?” soalnya. Keadilandaily

3 comments:

Anonymous said...

Yang betulnya mamat ni ada agenda untuk menumbangkan Najib. Itulah politik mutakhir di Malaysia.

Anonymous said...

Malaysia adalah satu negara dimana Jawatan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan di pegang olih dua orang. DYMM Yang Di Pertuan Agung adalah Ketua Negara ( Head of State) dan Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan.(Head of Government)Dari segi Perlembagaan dan Protokol DYMM adalah lebah tinggi daripada Perdana menteri. Olihyangdemikian gelaran First lady itu adalah hak DYMM Raja Pemaisuri Agung. Tetapi DYMM Raja Pemaisuri Agung adalah dalam Kerabat Raja adn ikut kovension tidak perlu menguna gelaran First Lady itu.Kedudukan Perdana Mneteri kita adalah sama dengan Perdana Menteri United Kingdom dimana Jawatan Ketua Negara dan Ketua kerajaan di sandang olih dua orang. Dalam keadaan ini tidak ada makna apabila isteri Perdana Menteri mengunakan gelaran First Lady dangan izin atau tanpa izin daripada DYMM Raja Pemaisuri Agung. Sebab itu gelaran First Laday itu tidak di guna olih isteri Perdana Menteri United Kingdom.

Lazimnya gelalaran First Lady di guna di Negara negara di mana Jawatan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan di sandang oilh satu orang, sapeti di Republik Indonesia dan United States.

Gelaran First lady juga di guna olih seniwati seniwati saperti first lady of song, first lady of dance, dan first lady of music. Tetapi dalam keadaan itu huruf kecil di gunakan dalam ejaan 'First Lady'.

Pada hema saya rakyat lah yang berhak untuk memberi gelaran 'first lady' kepada sesaorang pperempuan di Malaysia yang telah memberi sumbangan yang luar biasa kepada kaum wanita dan anak anak kita. Gelaran First Lady adalah satu gelaran yang murni dan jangan kita salah gunanya.

sniper said...

Stupid Nazri!!!!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese