14 March 2011
Lelaki Dihanyutkan Arus Tsunami Hingga 10 Batu Ke Tengah Laut Diselamatkan
Hiromitsu Shinkawa, 60, melambai ke arah penyelamat sebelum dibawa ke tempat yang lebih selamat.
Sebuah bot penyelamat dihantar dari kapal tentera Jepun untuk menyelamatkannya yang duduk di atas cebisan runtuhan bumbung rumahnya.
Pasukan Jepun menggunakan perahu kecil untuk menyelamatkannya dari tengah laut.
Hari ini ketika penduduk Jepun berkabung dengan kemusnahan yang dahsyat dan ribuan kehilangan nyawa selepas gempa bumi Jumaat lalu tiba-tiba ia dikejutkan dengan sebuah cerita yang penuh pengharapan.
Hiromitsu Shinkawa, 60, hari ini diselamatkan selepas dibawa arus tsunami ke tengah laut ketika ia sedang bertahan di atas bumbung rumahnya selepas tsunami melanda pantai timur laut Jepun. Selama dua hari ia cuba untuk mendapatkan perhatian dari helikopter dan kapal yang melepasinya, namun sia-sia.
Akhirnya, hari ini sebuah kapal tentera Jepun melihat seorang lelaki yang hampir putus asa melambai-lambaikan kain merah.
Mangsa berada di tengah laut, kira-kira 10 batu jauhnya dari bandar Minamisoma yang dilanda gempa bumi, menurut Yoshiyuki Kotake, seorang jurucakap Kementerian Pertahanan.
Shinkawa memberitahu kepada pasukan penyelamat ketika tsunami melanda, dia dan isterinya baru kembali ke rumah untuk mengumpulkan beberapa barang selepas berlaku gempa bumi Jumaat lepas. Isterinya pula di bawa arus.
"Ada beberapa helikopter dan kapal melewatinya, namun tiada satupun yang perasan," menurut seorang jurucakap badan pertahanan, yang menolak untuk dikenali.
Pejabat tentera berkata Shinkawa beruntung kerana cuaca sederhana dan laut agak tenang membolehkan dia untuk tetap bertahan selama hampir dua hari, menurut sebuah agensi berita Kyodo melaporkan.
"Saya fikir hari ini adalah hari terakhir dalam hidup saya," kata Shinkawa kepada seorang anggota penyelamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment