17 March 2011

Ibu Rayu Bawa Anak Pulang Dari Jepun



Hati ibu mana yang tidak gusar dan gelisah bila anak yang berada ribuan batu jauhnya memberitahu keadaan berbeza dari apa yang diberitahu di televisyen.

Shamsiah Bahrain hari ini muncul bersama Pemuda Pakatan Rakyat yang cuba menghantar memorandum menggesa rakyat Malaysia dibawa keluar dari negara Jepun berikutan situasi meruncing selepas kebakaran loji nuklear Fukushima Daiichi.

Menurut Shamsiah, beliau dikhabarkan oleh anaknya, walapun berada di Tokyo iaitu 250 kilometer dari Fukushima, keadaan bencana telah menimbulkan situasi umpama darurat.

"Mereka tak tahu nak pegi mana. Nak ke Selatan pun tak boleh sebab minyak dicatu. Tak ada panduan. Yang mustahaknya masalah makanan. Makanan yang terdedah seperti ikan, tak ada siapa berani nak makan," kata Shamsiah kepada wartawan di hadapan Wisma Putra hari ini.

Dipercayai terdapat hampir 5 ribu rakyat Malaysia yang berada di Jepun termasuk 2,100 pelajar berada di seluruh Jepun.

242 pelajar yang mendiami kawasan terjejas seperti di Iwata dan Miyagi telahpun dikenalpasti namun menurut Shamsiah Kerajaan Pusat turut disaran mengambil
tindakan terhadap pelajar di Wilayah lain khususnya Tokyo sebelum terlambat.

Jepun kini menghadapi krisis berikutan gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter 11 Mac lalu yang mengakibatkan tsunami setinggi 12 Meter di wilayah Miyagi
dan Iwata dan kebakaran 4 loji reaktor di Fukushima.

Sehingga kini angka rasmi kematian meningkat kepada 5,198 dengan hampir 9 ribu masih hilang dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Menurut Shamsiah, pihak kedutaan tidak memeriksa keadaan pelajar di Tokyo yang turut terjejas dengan perkara ini kerana kekurangan makanan dan hanya
mengambil perhatian setelah pelajar sendiri menghubungi kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

"(Pelajar) Tiada tempat untuk mengadu stok makanan kurang, tiada pengangkutan,. Bukan pelajar yang memanggil kedutaan tapi pihak kedutaan perlu ambil
perhatian terhadap para pelajar," tegas beliau.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anuar Zainuddin yang berada di situ turut mahukan pelan evakuasi dibentang kepada rakyat Malaysia.

"Sekurang-kurangnya jelaskan 'exit plan', sekarang tahap radiasi di Jepun meningkat. Keluarga dan sanak saudara di Malaysia risau. Semua sedia maklum negara
besar seperti Amerika telah keluarkan arahan untuk rakyatnya keluar," katanya. TVS

1 comment:

syikh said...

salam, dok yah lah wat gempak cik kak oiiii.... amba pon ada anak gak kat jepon dok kat yokohama... kata nya tadok apa2 pon...memang lah susah sikit nak cari makanan... tapi bukan poblem besar sangat pon sahari dua nieeee tapi relex la jangan dok gempak gak betenang cik kak oiii

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese