26 March 2011

Ceramah Anwar tergendala; kerusi,batu turut melayang

Kekecohan bermula apabila Anwar yang hanya diberi 15 minit untuk berceramah diheret polis keluar turun dari pentas.



Pelancaran Kempen Tolak Kes Fitnah II anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat ahli parlimen Gombak, Taman Melawati malam tadi bertukar kecoh apabila sesi ceramah oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu pihak polis.

Majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh sejam disebabkan wujud rundingan pemimpin PKR dan polis untuk menjalankan program pelancaran tersebut.

Namun FMT difahamkan alasan ‘tiada permit’ menyebabkan hanya beberapa tempoh masa diberi bagi para pemimpin PKR termasuk Anwar dan timbalannya Azmin Ali menyampaikan ceramah mereka.

Seawal jam 8.30 malam tiga trak polis dengan kekuatan 50 anggota mula membuat sekatan terutama di tiga jalan masuk ke tapak ceramah terbabit.

Melalui rundingan bersama polis, Azmin hanya sempat menyampaikan ceramah selama 30 minit dan buat pertama kalinya beliau menggunakan ‘slide show’ bagi menerangkan Kempen Tolak Fitnah II kepada orang ramai yang hadir.

Kekecohan bermula apabila Anwar yang hanya diberi 15 minit untuk berceramah diheret polis keluar turun dari pentas sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong dan orang ramai.

Lebih 500 orang yang rata-ratanya penyokong PKR kemudian berang dan cuba melindungi Anwar daripada dihampiri polis sehingga memaksa anggota unit simpanan persekutuan (FRU) menggunakan perisai untuk merempuh mereka.

Anwar kemudian bertindak menenangkan keadaan namun gagal, malah 10 anggota polis dan FRU mula menghampiri pentas sehingga berlaku insiden tolak menolak yang memaksa Anwar serta Azmin Ali dibawa turun.

Namun penyokong PKR cuba mengagalkan usaha polis dan FRU dengan membuat benteng di hadapan pentas dan kekecohan bermula sehingga 25 minit lamanya.

Dua orang ditahan polis

Keadaan tidak terkawal apabila penyokong yang bertindak agresif mula membaling kerusi, botol,batu-bata dan kayu yang turut mengenai wartawan dan sekumpulan polis dan FRU.

Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila para penyokong mula bertindak agresif.

Ekoran kekecohan itu dua individu ditangkap yang dikenali sebagai Mazlan Mohamad Raos dan Helmy Rizal.

Kedua-dua mereka ditahan di balai berbeza dengan Mazlan yang merupakan orang awam di balai polis Hulu Kelang.

Manakala Helmy yang merupakan seorang ahli AMK Gombak ditahan di balai polis Ampang.

Antara pemimpin Pakatan yang kelihatan termasuklah ahli parlimen Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Amirudin Shari (Adun Batu Caves), dan Saari Sungib (Adun Hulu Kelang). FMT

1 comment:

Anonymous said...

Betul tak aku kata.....polis2 ni memang SIUL.....tak dak standard langsung nak kawal keselamatan.

Tak payah la nak kata ceramah Kalau UMNO buat demo haram....siap polis2 ni jadi body guard lagi kawal keadaan

Kawan aku kata bukan SIUL lagi....macam HARAM JADAH.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin