05 January 2011

Sidang DUN tergempar akhir Januari



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk meminda Undang -undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan kepada Sultan dan Menteri Besar akan diadakan akhir bulan ini.

Menurut Menteri Besar Selangor itu, pindaan perlembagaan rang undang-undang itu menyentuh bidang kuasa bagi melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Beliau yang ditemui selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli parlimen dan Adun negeri petang tadi berkata persetujuan telah dicapai untuk menunda majlis angkat sumpah di hadapan menteri besar sehingga keputusan dalam persidangan DUN diterima.

“Kami cadang untuk panggil sidang DUN dalam masa terdekat sebelum minggu keempat maka selama tiga minggu ini kami akan buat persediaan mengenai pindaan rang undang-undang tersebut.

“Walaupun secara sah SUK telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA) tapi masih belum boleh dianggap sah kerana belum mengangkat sumpah di hadapan menteri besar dan exco,” katanya.

Khalid berkata surat kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan telah dihantar semalam untuk membincangkan semula
pelantikan SUK.

“Kita ingin memperbetulkan konsep, ada beberapa kuasa dalam pelantikan jawatan tertinggi di negeri Selangor,” katanya.

Majlis angkat sumpah

Khalid berkata, beliau mengulangi pendiriannya untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah SUK Datuk Mohd Khusrin Munawi dihadapan Sultan Sharifuddin Idris Shah pada 6 Januari (Khamis) seperti yang dinasihati.

Sementara itu, Speaker DUN Teng Chang Kim pula optimis sekiranya pindaan perlembagaan dibuat Pakatan Rakyat bakal memperoleh 2/3 undi termasuklah daripada Barisan Nasional (BN).

Pakatan kini mempunyai undi majoriti apabila memiliki 35 daripada 56 kerusi DUN Selangor.

“Soal 2/3 yang diperlukan tidak harus dianggap mudah walaupun Pakatan ada 35 kerusi. Laporan media melaporkan Adun Kuang Abdul Shukor Idrus berkata BN menyokong peruntukan kuasa diberi kepada Sultan dan Menteri Besar.

“Jika begitu Pakatan akan menerima sokongan 100 peratus. Namun ia masih terlalu awal kerana kita perlu tunggu rang undang-undang dibentangkan dan jangan buat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya. - FMT

1 comment:

malaysiandotcom said...

Pengumuman...~~~~!!!!
Kepada pengunjung2 blog wa,dan blogger2 yang meng link kan blog wa yang dahulunya ketuapolis.blogspot.com,kini telah bertukar kepada URL (http://malaysiandotcom.blogspot.com) mohon kerjesama lu all blogger kasi ejas sikit ok la.tq

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin