21 January 2011

PRK Tenang : wawancara cikgu Mala bersama Astro 301



Selesa dengan kekurangan

FELDA CEMPELAK, 20 Jan : "Sebenarnya mereka tidak tahu masih banyak lagi hak mereka yang tidak terbela. Walaupun generasi pertama felda merasakan mereka selama ini berada di zon selesa, namun terfikirkah mereka bagaimana nasib dan masa depan generasi kedua iaitu generasi muda di kalangan anak-anak mereka," demikian ujar cikgu Mala kepada wartawan Astro pada sesi lawatan kebajikan petang tadi.

Beliau turut menyifatkan bahawa kurangnya pendedahan masyarakat felda kepada sumber media baru seperti internet dan blog menyebabkan mereka begitu setia menyokong BN. Ini kerana mereka kurang mendapat maklumat yang benar untuk memperjuangankan nasib mereka.

Apabila ditanya mengenai calon bn, cikgu mala dengan yakinnya menyatakan beliau tidak takut atau gentar. Pengundi sepatutnya melihat kepada kredibiliti calon itu sendiri bukannya kepada latar belakang keluarga sepenuhnya. Cikgu Mala menyatakan bahawa beliau sebelum ini berkhidmat kepada masyarakat melalui Pusat Aduan Rakyat yang dikendalikannya selaku Ketua Muslimat Labis.

Seterusnya, Cikgu Mala menekankan beliau begitu optimis dalam memenangi hati pengundi pada 30 Januari ini dengan memfokus kepada isu memperkasakan generasi kedua sebagai peneraju masa hadapan dengan gabungan baik antara orang lama dan orang baru.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese