10 January 2011

PAS beri jaminan akan setia pada Pakatan



Pemimpin tertinggi PAS semalam memberi jaminan akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat (Pakatan) dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno.

Jaminan ini dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang apabila mengulas isu perjumpaan pemimpin PAS dan Umno atas undangan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Hadi berkata demikian di Majilis Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati, Shah Alam bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Selangor yang hebat diserang terutama dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

“Majlis ini dianjurkan oleh Pimpinan PAS Pusat untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan dalam sebarang cabaran dan penentangan BN. Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh sama ada PAS, KEADILAN dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan semakin hari semakin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini,” katanya.

Majlis anjuran PAS Pusat ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 10 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan Negeri.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pelbagai pemimpin dari kedua parti ini.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese