22 January 2011

Jentera Wanita PR mahu pastikan Cikgu Mala Menang



Ahli jawatankuasa muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pelancaran jentera wanita itu sebagai momentum untuk mereka bergerak lebih aktif lagi ke setiap unit peti undi bagi memastikan PAS memenangi pilihan raya kecil ini.

"Kita buat pelancaran ini petang ini sebagai momentum kepada jentera bahawa kita sedang menuju semboyan pilihan raya dan esok kita akan bergerak ke seluruh unit peti undi, melakukan tugas kempen," katanya.

Beliau berkata, calon PAS sangat berpotensi untuk menang namun harus dibantu secara bersungguh-sungguh oleh jentera wanita.

"Kita sudah aturkan gerak kerja di setiap uni peti undi tinggal lagi proses pemurnian.

"Kita lihat calon kita sangat berpotensi di kawasan ini sebab itu kita mahukan jentera wanita bergerak dengan seluruh kekuatan yang ada," katanya.

Beliau turut mengajak wanita Umno memberikan sokongan kepada Normala untuk menambah bilangan ahli wanita di Dun Johor.

"Kita hanya ada dua orang wanita di Dun Johor. Jadi kita minta puteri dan wanita Umno menyokong calon muslimat PAS untuk menambah suara wanita di Dun.

"Usahlah terlampau berkira soal perbezaan politik asalkan kita boleh memperbanyak suara wanita," katanya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin