11 January 2011

Ada Berani ke? Anwar cabar Najib debat terbuka



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyertai debat terbuka bagi mengupas kandungan Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang.

"Oleh kerana Najib secara terbuka mengkritik Program 100 Hari secara terbuka dan mendakwa ia akan membawa kehancuran ekonomi kepada negara seperti yang dialami Greece, saya mengusulkan debat terbuka diadakan.

"Sebagai pemimpin kerajaan dan Perdana Menteri, beliau sewajarnya menyahut cabaran ini untuk berdebat dengan saya. Biar rakyat menentukannya (Program 100 Hari) kemudian,"

3 comments:

malaysian said...

Harap para bloggers dapat terus tingkatkan desakan agar DSNajib terima undangan debat ekonomi ini dengan anwar.

Harap agenda daily sekali lagi dapat menyumbang bakti dengan menganjur debat ini.

Harap semua saluran TV dapat siarkan debat ini secara "live".

Harap debat ini dapat diadakan sebelum PRK DUN Tenang supaya pengundi di tenang dapat menilai diantara permata dan kaca, diantara pembohongan dan kebenaran, diantara omongan kosong dan fakta.

Harap debat ini menjadi realiti membuka minda rakyat.

Harap DS Najib tak hantar wakil seperti KJ. Rakyat nak lihat sejauh mana PM Malaysia petah behujah dan "think on his feet".

Pak cik said...

Utk Malaysian...

Harap para bloggers juga dapat tingkatkan desakan agar Nuar tak postpone lagi perbicaraan beliau... kalau tak bersalah mesti tak takut.... lawan... jangan tak lawan.... ni asyik2 postpone aje... rakyat nak tau juga apa kesudahannya..... rakyat boleh menilai.... banyak loyar (buruk)... Ada Berani ke?

JAKA said...

Belum dibincang, tidak pun minat meneliti program 100 hari , sudah terus kata negara akan bankrup.

Bukankah sikap begitu sombong, bongkak dan tidak terbuka dan kepentingan politik kuasa semata2? Bukankah PR dan Anwar juga rakyat negara ini, malah bertaraf pemimpin.

Mengapa diketepi dan terus kata membawa kehancuran?

Siapa yg tidak telus dan tidak mengutamakan rakyat sedangkan usul itu daripada Pakatan RAKYAT.

Pakatan RAKYAT juga adalah rakyat negara ini.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese