01 November 2010

Najib diserang simptom awal demam campak



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipercayai mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najid juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

Galas: SPR jangan campur urusan polis



DAP mengigatkan SPR agar tidak mencampuri urusan polis berkaitan dengan kempen di DUN Galas.

Tindakan PAS bayar pengundi luar RM250 salah, kata SPR



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.

“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Batu Sapi – Rasuah BN – Shahrizat Jalil Temberang RM20 Untuk Petugas, Penerima Mengaku Mereka adalah Pengundi !



Politik wang dikhuatiri menular di pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi apabila sekumpulan ahli Wanita Umno dirakam memberikan wang tunai kepada orang ramai yang menghadiri majlis makan anjuran pergerakan itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil mendakwa RM20.00 itu diberikan kepada pekerja parti dan bukan pengundi.

Malaysiakini bagaimanapun melaporkan antara yang hadir adalah penduduk tempatan yang mengaku mereka hadir hanya untuk mendapatkan wang.

Video berkenaan dirakamkan oleh Malaysiakini pada Majlis Ramah Mesra Wanita Umno di Sekolah Menengah Agama Sandakan di Taman Mawar, Batu Sapi. Hadirin perlu mendaftar diri dengan memberikan butiran peribadi untuk menerima wang tunai.

Walaupun majlis makan ini dianjurkan khusus untuk ahli pergerakan Wanita Umno, video ini jelas menunjukkan kehadiran lelaki dan wanita Cina.

Mereka yang ditemui oleh Malaysiakini terus terang mengaku, kehadiran mereka pada majlis berkenaan adalah untuk mengambil wang daripada Umno.

Seorang pengundi berkata wang itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan diri sebagai pengundi kawasan Parlimen Batu Sapi.

“Saya tidak tahu…Saya fikir ia mesti untuk pendaftaran,” kata seorang penerima wang berkenaan.

Sharizat mendakwa beliau tidak tahu menahu amalan mendaftar mereka yang hadir pada majlis makan itu. Namun beliau berkata kaunter pendaftaran itu cuma untuk merakamkan kehadiran jemputan ke majlis itu,

ADUN Karambunai Jainab Ahmad Ayid, pula mendakwa bahawa wang RM20 itu adalah sebagai tambang pekerja yang berkempen untuk BN. - TVS NEWS

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese