01 November 2010

Tindakan PAS bayar pengundi luar RM250 salah, kata SPR



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.

“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

4 comments:

otaklunyai said...

Woooo... insentif untuk balik mengundi salah tapi kalau tindakan untuk menghalang rakyat balik mengundi tak salah... apa punya bodooh la spr ni...

Aki44 said...

Kalau dtg dari BN, apa jenis sogokan bukan rasuah, tapi dari pehak lain semuanya rasuah. SPR memang Dajjal, tak punya maruah, diwujudkan sebagai mata n telinga BN. Patut di rebrand sebagai Skuad Penjilat Resmi Malaysia.

Anonymous said...

orang PAS ni memang kuat maki hamun.

mungkin inilah hasil didikan tokguru.

fakta kosong. hanya pandai cari salah orang lain dan maki hamun.

Anonymous said...

jgn asyik dok sronok ngata org dajjal la aki44..entah2 kamu yg dajjal...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese