15 December 2010

Presiden KITA, Akhirnya Tercapai Juga Impian Zaid Ibrahim



Cita-cita dan impian Datuk Zaid Ibrahim untuk menjadi juragan bagi mengemudikan kapalnya sendiri akhirnya tercapai apabila beliau secara rasmi dilantik sebagai presiden baru parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini.

Walaubagaimanapun, Zaid mengkitar semula AKIM dan menukarkan nama parti kecil serpihan PAS dari negeri Kelantan itu kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan.

Bekas calon Timbalan Presiden PKR itu mengambilalih jawatan barunya daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa pagi ini.

Jawatan lain dan perlembagaan baru parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.

Zaid juga berkata nama baru parti itu - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan didaftarkan dan lambang serta matlamat parti berkenaan juga akan didedahkan pada tarikh tersebut.

Tambahnya, parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum.

Selain beliau sebagai ketua, parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi dan satu jawatankuasa pusat.

KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri, kata Zaid lagi.

Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese